Antarabangsa
PBB bimbang insiden protes Eritrea di Israel
Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menyatakan kebimbangan terhadap jumlah kecederaan yang tinggi akibat pertempuran di Israel melibatkan penunjuk perasaan dari Eritrea.

- Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menyatakan kebimbangan terhadap jumlah kecederaan yang tinggi akibat pertempuran di Israel melibatkan penunjuk perasaan dari Eritrea.
- Kemelut tercetus pada Sabtu lalu bermula apabila demonstrasi menentang acara Kerajaan Eritrea bertukar ganas, menyebabkan hampir 140 individu tercedera, termasuk sedozen pencari suaka Eritrea yang terkena tembakan polis Israel.
- Pertempuran bermula di luar tempat acara di selatan Tel Aviv yang dijadualkan untuk diadakan acara pro-rejim anjuran Kedutaan Eritrea di Israel.
- Ratusan hadir untuk menghalang acara itu daripada dijalankan adalah mereka yang anti-kerajaan. Polis mengisytiharkan perhimpunan terbabit sebagai demonstrasi haram dan mengarahkan jalan itu dikosongkan.
- Polis Israel dalam satu kenyataan berkata, penunjuk perasaan mula bertempur dengan pegawai polis yang melepaskan tembakan terhadap perusuh hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 49 anggota polis tercedera.
GENEVA – Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menyatakan kebimbangan terhadap jumlah kecederaan yang tinggi akibat pertempuran di Israel melibatkan penunjuk perasaan dari Eritrea.
Kemelut tercetus pada Sabtu lalu bermula apabila demonstrasi menentang acara Kerajaan Eritrea bertukar ganas, menyebabkan hampir 140 individu tercedera, termasuk sedozen pencari suaka Eritrea yang terkena tembakan polis Israel.
“Bimbang terhadap jumlah kecederaan yang tinggi semasa protes melibatkan penunjuk perasaan Eritrea di Israel,” kata Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk di platform X dipetik Arab News.
Katanya, adalah penting untuk siasatan dijalankan bagi mengelak ucapan kebencian terutama oleh pihak berkuasa dan prinsip ‘non-refoulement’ (tidak dihantar pulang) dapat dihormati.
Pertempuran bermula di luar tempat acara di selatan Tel Aviv yang dijadualkan untuk diadakan acara pro-rejim anjuran Kedutaan Eritrea di Israel.
Ratusan hadir untuk menghalang acara itu daripada dijalankan adalah mereka yang anti-kerajaan.
Polis mengisytiharkan perhimpunan itu demonstrasi haram dan mengarahkan jalan itu dikosongkan.
Polis Israel dalam satu kenyataan berkata, penunjuk perasaan mula bertempur dengan pegawai polis yang melepaskan tembakan terhadap perusuh hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 49 polis tercedera.
Pada masa sama, terdapat siri pemberontakan lain berlaku antara penyokong dan penentang Kerajaan Eritrea di Tel Aviv.
Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu pada Ahad berkata Israel mempertimbangkan untuk menghantar pulang 1,000 warga Eritrea yang terlibat dalam rusuhan di Tel Aviv pada hujung minggu itu.
Statistik menunjukkan setakat Jun lalu terdapat 17,850 pencari suaka Eritrea di Israel.
Sumber: Arab News
