Connect with us

Antarabangsa

Perancis sifatkan ‘abaya’ serangan politik, cubaan berdakwah di sekolah

Kerajaan Perancis mempertahankan larangan memakai ‘abaya’ atau jubah oleh wanita Muslim di sekolah dengan melabelkan pemakaian itu satu “serangan politik” meskipun ia mengundang kemarahan ramai.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perancis sifatkan ‘abaya’ serangan politik, cubaan berdakwah di sekolah
Foto: Jurucakap Kerajaan Perancis, Olivier Veran (kiri) dan Menteri Pendidikan Perancis, Gabriel Attal (kanan).
  • Kerajaan Perancis mempertahankan larangan memakai ‘abaya’ atau jubah oleh wanita Muslim di sekolah dengan melabelkan pemakaian itu satu “serangan politik” meskipun ia mengundang kemarahan ramai.
  • Jurucakap kerajaan, Olivier Veran pada Isnin berkata, ia (abaya) baginya “jelas” satu pakaian keagamaan, serangan politik atau simbol politik.
  • Dia turut merasakan pakaian itu merupakan perbuatan yang seolah-olah untuk berdakwah atau cubaan (mengajak) memeluk Islam.
  • Menteri Pendidikan, Gabriel Attal pada Ahad lalu mengatakan abaya atau jubah panjang yang menutup seluruh bahagian badan wanita itu adalah melanggar undang-undang sekular.
  • Keputusan Gabriel melarang pemakaian abaya mencetuskan debat apakah undang-undang sekular Perancis kini digunakan untuk membolehkan diskriminasi ke atas kumpulan besar minoriti Muslim negara itu. 

Kerajaan Perancis mempertahankan larangan memakai ‘abaya’ atau jubah oleh wanita Muslim di sekolah dengan melabelkan pemakaian itu satu “serangan politik” meskipun ia mengundang kemarahan ramai.

Jurucakap kerajaan, Olivier Veran pada Isnin berkata, ia (abaya) baginya “jelas” satu pakaian keagamaan, serangan politik atau simbol politik.

Dia turut merasakan pakaian itu merupakan perbuatan yang seolah-olah untuk berdakwah atau cubaan (mengajak) memeluk Islam.

“Sekolah adalah (tempat) sekular. Kami menyebut perkara ini dengan tenang tapi tegas: ia bukannya tempat untuk perkara itu (memakai pakaian keagamaan),” katanya kepada Saluran TV BFM dipetik RT.

Menteri Pendidikan, Gabriel Attal pada Ahad lalu mengatakan abaya atau jubah panjang yang menutup seluruh bahagian badan wanita itu adalah melanggar undang-undang sekular.

Beliau berkata pakaian itu tidak lagi dibenarkan pemakaiannya di sekolah apabila memasuki penggal baru, minggu hadapan.

“Sekolah kita sedang diuji. Dalam beberapa bulan yang lalu, pelanggaran undang-undang sekular meningkat, khususnya berkenaan pemakaian keagamaan seperti abaya atau qamis (jubah lelaki) yang kelihatan dan (nampak) kekal di beberapa institusi,” katanya.

Keputusan Gabriel melarang pemakaian abaya mencetuskan debat apakah undang-undang sekular Perancis kini digunakan untuk membolehkan diskriminasi ke atas kumpulan besar minoriti Muslim negara itu. 

Sumber: RT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *