Connect with us

Antarabangsa

Turkiye kutuk serangan keji bakar masjid di selatan Cyprus

Kementerian Luar Turkiye pada Sabtu mengutuk serangan membakar Masjid Koprulu Haci Ibrahim Aga di bandar Limassol dalam pentadbiran Cyprus Greece.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Turkiye kutuk serangan keji bakar masjid di selatan Cyprus
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Luar Turkiye pada Sabtu mengutuk serangan membakar Masjid Koprulu Haci Ibrahim Aga di bandar Limassol dalam pentadbiran Cyprus Greece.
  • “Serangan keji itu adalah tambahan kepada perbuatan-perbuatan lampau terhadap pelbagai masjid di Pentadbiran Cyprus Greece,” laporan Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan kementerian terbabit.
  • Ankara menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Republik Turkiye Cyprus Utara (TRNC) mengenai isu itu, tambahnya.
  • “Sebagai contoh terbaharu Islamofobia yang semakin meningkat di seluruh Eropah, serangan ini bukan sahaja menyasarkan umat Islam tetapi juga sekali lagi menunjukkan betapa teruknya ancaman terhadap nilai kemanusiaan kita,” menurut kenyataan itu. 

ANKARA: Kementerian Luar Turkiye pada Sabtu mengutuk serangan membakar Masjid Koprulu Haci Ibrahim Aga di bandar Limassol dalam pentadbiran Cyprus Greece.

“Serangan keji itu adalah tambahan kepada perbuatan-perbuatan lampau terhadap pelbagai masjid di Pentadbiran Cyprus Greece,” laporan Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan kementerian terbabit.

Ankara menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Republik Turkiye Cyprus Utara (TRNC) mengenai isu itu, tambahnya.

“Sebagai contoh terbaharu Islamofobia yang semakin meningkat di seluruh Eropah, serangan ini bukan sahaja menyasarkan umat Islam tetapi juga sekali lagi menunjukkan betapa teruknya ancaman terhadap nilai kemanusiaan kita.

“Sebaliknya, kebencian dan sikap tidak bertolak ansur yang didedahkan oleh serangan tersebut menunjukkan betapa jauhnya beberapa segmen masyarakat Cyprus Greece daripada pemahaman hidup bersama dalam keamanan, kedamaian dan toleransi dengan orang Islam Turkiye Cyprus, memberikan bukti tambahan bahawa visi dua negara pihak Cyprus Turkiye merupakan satu-satunya model realistik untuk penyelesaian isu Cyprus,” menurut kenyataan itu.

Cyprus terperangkap dalam pertikaian berdekad antara penduduk Cyprus Greece dan Cyprus Turkiye, walaupun terdapat beberapa siri usaha diplomatik oleh PBB untuk mencapai penyelesaian menyeluruh.

Turkiye menyokong penuh penyelesaian dua negara di pulau Cyprus berdasarkan kesaksamaan kedaulatan dan status antarabangsa yang sama antara dua negara itu.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *