Terkini
Isu modul hadis: MCA mahu menteri DAP beri penjelasan kepada bukan Islam
Empat menteri dari DAP perlu memberi penjelasan berhubung isu pelancaran modul “40 Hadis Imam Al-Nawawi” di sekolah kebangsaan, kata Ketua Biro Hubungan Etnik dan Hal Ehwal Agama MCA, Cally Ting Zhao Song.
- Empat menteri dari DAP perlu memberi penjelasan berhubung isu pelancaran modul “40 Hadis Imam Al-Nawawi” di sekolah kebangsaan, kata Ketua Biro Hubungan Etnik dan Hal Ehwal Agama MCA, Cally Ting Zhao Song.
- Katanya, menteri terbabit iaitu Lim Hui Ying (Timbalan Menteri Pendidikan), Anthony Loke (Menteri Pengangkutan), Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan) dan Nga Kor Ming (Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan) perlu memberi penjelasan itu kepada komuniti bukan Islam sekiranya modul pengajian hadis tersebut diluluskan Kabinet.
- “Adakah modul itu selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 memandangkan Menteri Pendidikan baru-baru ini mengakui bahawa ia adalah satu kejayaan?.
- “Bukankah Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan ‘Hak berkenaan dengan pendidikan’, Fasal 3 menyatakan “Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri” dengan mengambil kira bahawa terdapat murid bukan Islam di sekolah rendah kebangsaan”, kata Cally Ting dalam kenyataannya di laman web MCA semalam.
- Beliau mempersoalkan pelancaran modul “40 Hadis Imam Al-Nawawi” yang akan diperluaskan ke sekolah rendah kebangsaan yang diumumkan Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek pada 19 Ogos lalu.
KUALA LUMPUR – Empat menteri dari DAP perlu memberi penjelasan berhubung isu pelancaran modul “40 Hadis Imam Al-Nawawi” di sekolah kebangsaan, kata Ketua Biro Hubungan Etnik dan Hal Ehwal Agama MCA, Cally Ting Zhao Song.
Katanya, menteri terbabit iaitu Lim Hui Ying (Timbalan Menteri Pendidikan), Anthony Loke (Menteri Pengangkutan), Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan) dan Nga Kor Ming (Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan) perlu memberi penjelasan itu kepada komuniti bukan Islam sekiranya modul pengajian hadis tersebut diluluskan Kabinet.
Katanya, penjelasan Hui Ying sebelum ini tidak sepenuhnya meredakan kebimbangan masyarakat bukan Islam.
“Bolehkah modul sekolah rendah kebangsaan diwujudkan sesuka hati tanpa mengambil kira maklum balas daripada guru dan ibu bapa?.
“Adakah modul itu selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 memandangkan Menteri Pendidikan baru-baru ini mengakui bahawa ia adalah satu kejayaan?.
“Bukankah Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan ‘Hak berkenaan dengan pendidikan’, Fasal 3 menyatakan “Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri” dengan mengambil kira bahawa terdapat murid bukan Islam di sekolah rendah kebangsaan”, kata Cally Ting dalam kenyataannya di laman web MCA semalam.
Beliau mempersoalkan pelancaran modul “40 Hadis Imam Al-Nawawi” yang akan diperluaskan ke sekolah rendah kebangsaan yang diumumkan Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek pada 19 Ogos lalu.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan sepatutnya memberi tumpuan kepada isu mendesak lain, misalnya sukatan pelajaran sekolah rendah terlalu membebankan, keciciran pelajar, beban tugas guru, kekurangan guru dan isu kekurangan infrastruktur sekolah.
Evolusi pendidikan di Malaysia adalah hasil usaha warga pendidik, maka suara warga pendidik perlu diambil kira dalam menggubal dasar pendidikan, kata Ketua Biro Hubungan Etnik dan Hal Ehwal Agama MCA itu. – The Merdeka Times
Sumber: Laman rasmi MCA