Terkini
Safiey Ilias dilepas tanpa bebas empat tuduhan seksual
Mahkamah Sesyen hari ini melepas tanpa membebaskan usahawan kosmetik, Safiey Ilias, daripada empat pertuduhan seksual membabitkan dua remaja lelaki, kira-kira dua tahun lalu.
- Mahkamah Sesyen hari ini melepas tanpa membebaskan usahawan kosmetik, Safiey Ilias, daripada empat pertuduhan seksual membabitkan dua remaja lelaki, kira-kira dua tahun lalu.
- Hakim, Norhazani Hamzah, membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan, supaya Safiey atau nama sebenarnya, Mohd Safiuddin Ilias, 29, dilepas tanpa dibebaskan.
- “Kes dibatalkan. Tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada kesemua pertuduhan dan wang jaminan dikembalikan,” kata hakim itu.
- Terdahulu, Nurfadzlin berkata, permohonan itu atas alasan tertuduh akan didakwa semula di mahkamah Pahang dan Johor Bahru berikutan mangsa yang juga saksi dalam kes itu masing-masing berada di dua negeri berkenaan.
- Peguam bela Safiey, Harjeet Singh Sidhu, pula memohon supaya anak guam dilepas dan dibebaskan daripada empat pertuduhan itu kerana kes itu sudah berjalan lama.
AMPANG: Mahkamah Sesyen hari ini melepas tanpa membebaskan usahawan kosmetik, Safiey Ilias, daripada empat pertuduhan seksual membabitkan dua remaja lelaki, kira-kira dua tahun lalu.
Hakim, Norhazani Hamzah, membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan, supaya Safiey atau nama sebenarnya, Mohd Safiuddin Ilias, 29, dilepas tanpa dibebaskan.
“Kes dibatalkan. Tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada kesemua pertuduhan dan wang jaminan dikembalikan,” kata hakim itu.
Terdahulu, Nurfadzlin berkata, permohonan itu atas alasan tertuduh akan didakwa semula di mahkamah di Pahang dan Johor Bahru berikutan mangsa yang juga saksi dalam kes itu masing-masing berada di dua negeri berkenaan.
“Sekiranya perbicaraan dijalankan di mahkamah di Ampang, ia menyukarkan mangsa dalam kes itu untuk berulang,” katanya.
Peguam bela Safiey, Harjeet Singh Sidhu, pula memohon supaya anak guam dilepas dan dibebaskan daripada empat pertuduhan itu kerana kes itu sudah berjalan lama.
Sementara itu, Safiey ketika dihubungi media, memaklumkan sedia berhadapan pertuduhan di mahkamah Pahang dan Johor Bahru jika perlu.
Mahkamah hari ini sepatutnya mendengar pendengaran bantahan awal Safiey terhadap dua daripada empat pertuduhan seksual yang dihadapi.
Safiey didakwa atas dua pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan dua mangsa menerusi aplikasi Instagram di kediamannya di Bandar Baru Bangi pada jam 9 pagi, 9 Jun 2021.
Penyanyi lagu ‘Syinta Gila’ itu juga menghadapi dua pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menggoyangkan payudara di hadapan mangsa di lokasi, masa dan tarikh sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan Seksyen 15(a)(i) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sumber: Berita Harian