Antarabangsa
Protes bakar al-Quran: Denmark ketatkan kawalan sempadan
Denmark akan melanjutkan kawalan sempadan negaranya dengan lebih ketat susulan insiden protes membabitkan pembakaran al-Quran dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk yang berlaku di negara jirannya, Sweden.
- Denmark akan melanjutkan kawalan sempadan negaranya dengan lebih ketat susulan insiden protes membabitkan pembakaran al-Quran dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk yang berlaku di negara jirannya, Sweden.
- Menurut Kementerian Kehakiman semalam, polis mendapati negara itu perlu mempergiatkan usaha buat sementara waktu di sempadan dalaman Denmark yang memetik cadangan daripada Perkhidmatan Keselamatan dan Perisikan (PET).
- Kawalan sempadan di Denmark sebelum ini dijadual dilaksanakan selama seminggu selepas diperkenalkan pada 3 Ogos lalu, namun pemeriksaan rawak di sempadan Sweden dan Jerman itu dilanjutkan sehingga 17 Ogos ini.
- Menteri Kehakiman, Peter Hummelgaard, berkata pembakaran al-Quran sejak kebelakangan ini memberi kesan kepada tahap ancaman semasa.
COPENHAGEN – Denmark akan melanjutkan kawalan sempadan negaranya dengan lebih ketat susulan insiden protes membabitkan pembakaran al-Quran dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk yang berlaku di negara jirannya, Sweden.
Menurut Kementerian Kehakiman semalam, polis mendapati negara itu perlu mempergiatkan usaha buat sementara waktu di sempadan dalaman Denmark yang memetik cadangan daripada Perkhidmatan Keselamatan dan Perisikan (PET).
Kawalan sempadan di Denmark sebelum ini dijadual dilaksanakan selama seminggu selepas diperkenalkan pada 3 Ogos lalu, namun pemeriksaan rawak di sempadan Sweden dan Jerman itu dilanjutkan sehingga 17 Ogos ini.
Denmark bersama Sweden, telah meningkatkan keselamatan berikutan sebagai tindak balas terhadap pembakaran al-Quran di negara Scandinavia.
Menteri Kehakiman, Peter Hummelgaard, berkata pembakaran al-Quran sejak kebelakangan ini memberi kesan kepada tahap ancaman semasa.
“Kami berada dalam situasi yang serius, yang mana kami memerlukan kawalan yang lebih ketat di sempadan Denmark untuk mengatasi ancaman yang dihadapi di negara itu,” katanya.
Di kedua-dua negara, pihak berkuasa sedang mempertimbangkan cara untuk mengehadkan demonstrasi membabitkan pembakaran al-Quran, namun cuba mengimbangi hak kebebasan bersuara.
Sumber: Berita RTM