Terkini
Menangi enam negeri kewajiban besar PN
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) amat penting untuk membuat perubahan di peringkat Pusat.
- Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) amat penting untuk membuat perubahan di peringkat Pusat.
- Beliau berkata, negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu yang ditadbir oleh PN ketika ini wajib dipertahankan pada pilihan raya berkenaan.
- “Tinggal Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang (untuk dikuasai). Kewajipan kita adalah mempertahankan negeri yang kita berjaya dan ambil alih tiga negeri lagi.
- “Ia merupakan satu kewajipan yang sangat besar,” katanya ketika berucap pada Jelajah Mega PN Best di Dataran Darul Aman, di sini malam tadi.
JITRA – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) amat penting untuk membuat perubahan di peringkat Pusat.
Beliau berkata, negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu yang ditadbir oleh PN ketika ini wajib dipertahankan pada pilihan raya berkenaan.
“Tinggal Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang (untuk dikuasai). Kewajiban kita adalah mempertahankan negeri yang kita berjaya dan ambil alih tiga negeri lagi.
“Ia merupakan satu kewajipan yang sangat besar,” katanya ketika berucap pada Jelajah Mega PN Best di Dataran Darul Aman, di sini malam tadi.
Justeru, Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN meminta semua pengundi menunaikan kewajiban masing-masing dengan keluar mengundi PN pada 12 Ogos ini.
“Pilih calon yang kita kemukakan, calon yang boleh membawa mesej kita sama ada dengan kuasa memerintah kalau menang atau suara untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran kalau jadi pembangkang.
“Marilah kita ajak mereka yang tidak hadir (ceramah) supaya bersama PN untuk membuat perubahan yang kita perjuangkan. Tegakkan Islam berkuasa memerintah, tegakkan Islam semua selamat,” ujarnya.
Sementara itu, Abdul Hadi meminta orang bukan Islam supaya tidak takut jika Islam memerintah negara ini kerana akhlak Islam masih tinggi.
“Orang bukan Islam boleh hidup di Kedah, Kelantan dan Terengganu kerana ada adab dalam Islam. Mereka (bukan Islam) tidak dipaksa, jangan bimbang. Kalau pilih yang lain berlaku ekstrem dalam Islam yang merisaukan diri sendiri,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia