Terkini
Kontroversi The 1975: Gugurkan pertuduhan ke atas penganjur Festival Good Vibes – Kumpulan LGBT
Justice for Sisters (JFS) menggesa Kerajaan Malaysia menggugurkan segera pertuduhan ke atas penganjur Festival Good Vibes (GVF) susulan kontroversi kumpulan pop rock British, The 1975 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, baru-baru ini.
- Justice for Sisters (JFS) menggesa Kerajaan Malaysia menggugurkan segera pertuduhan ke atas penganjur Festival Good Vibes (GVF) susulan kontroversi kumpulan pop rock British, The 1975 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, baru-baru ini.
- Kumpulan hak asasi manusia LGBT itu berkata ini kerana kritikan dan bantahan disuarakan vokalis The 1975, Matty Healy berhubung sekatan terhadap kelompok songsang itu di Malaysia adalah benar.
- JFS mendakwa kritikan itu adalah hasil tindakan kerajaan meningkatkan sekatan terhadap LGBT yang turut diperluaskan ke atas kelompok warga asing dan bukan warganegara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
- “Sebarang bentuk sekatan kebebasan bersuara harus memenuhi syarat ujian tiga bahagian, yang memerlukan tindakan itu menjadi undang-undang, sah dan berpatutan,” kata JFS dalam kenyataan disiarkan menerusi laman sesawangnya semalam.
- Terdahulu, persembahan kumpulan The 1975 di GVF pada Jumaat lalu dihentikan susulan tindakan biadab vokalisnya, Matty Healy menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia dan memperlekehkan undang-undang negara.
- Bukan hanya menghina undang-undang berkaitan LGBT, Matty Healy juga menunjukkan aksi biadap dan melampau, termasuk memegang botol arak, meludah dan mencium pemain bass lelaki kumpulan itu ketika konsert berlangsung.
KUALA LUMPUR – Justice for Sisters (JFS) menggesa Kerajaan Malaysia menggugurkan segera pertuduhan ke atas penganjur Festival Good Vibes (GVF) susulan kontroversi kumpulan pop rock British, The 1975 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, baru-baru ini.
Kumpulan hak asasi manusia LGBT itu berkata ini kerana kritikan dan bantahan disuarakan vokalis The 1975, Matty Healy berhubung sekatan terhadap kelompok songsang itu di Malaysia adalah benar.
JFS mendakwa kritikan itu adalah hasil tindakan kerajaan meningkatkan sekatan terhadap LGBT yang turut diperluaskan ke atas kelompok warga asing dan bukan warganegara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Katanya, kerajaan perlu mengkaji semula penjenayahan dan sekatan terhadap LGBTIQ, sama ada warganegara atau bukan warganegara.
“Walaupun tindakan kumpulan itu mungkin dianggap sebagai tercela dan menjijikkan, negara mesti menunjukkan kekangan dan tetap bertindak mengikut batas undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
“Sebarang bentuk sekatan kebebasan bersuara harus memenuhi syarat ujian tiga bahagian, yang memerlukan tindakan itu menjadi undang-undang, sah dan berpatutan,” kata JFS dalam kenyataan disiarkan menerusi laman sesawangnya semalam.
Terdahulu, persembahan kumpulan The 1975 di GVF pada Jumaat lalu dihentikan susulan tindakan biadab vokalisnya, Matty Healy menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia dan memperlekehkan undang-undang negara.
Bukan hanya menghina undang-undang berkaitan LGBT, Matty Healy juga menunjukkan aksi biadap dan melampau, termasuk memegang botol arak, meludah dan mencium pemain bass lelaki kumpulan itu ketika konsert berlangsung.
Mengulas lanjut, JFS juga menyifatkan tindakan Kementerian Komunikasi dan Digital terhadap kumpulan muzik British itu sebagai berlebihan.
Tindakan itu antaranya, menyenaraihitam kumpulan itu daripada membuat persembahan di Malaysia, membatalkan festival, melancarkan siasatan terhadap penganjur di bawah beberapa peruntukan Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Kecil selain meneliti semula proses saringan jawatankuasa Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara PUSPAL dan keperluan untuk artis asing.
JFS menyatakan mereka juga terkejut dengan kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang mempertahankan tindakan pihak kerajaan berhubung insiden kontroversi di festival muzik itu.
Katanya, SUHAKAM seharusnya bersuara demi memastikan kerajaan tidak bertindak sewenang-wenangnya dan tidak berat sebelah atas alasan melindungi budaya, akhlak awam dan ketenteraman awam.
“Kami bimbang tindak balas yang tidak seimbang itu akan menjadi contoh baharu untuk menyekat kebebasan bersuara dan membungkam sebarang jenis kritikan terhadap kedudukan kerajaan, terutama dalam isu LGBTI,” kata kumpulan hak asasi LGBT itu. — The Merdeka Times
Sumber : Laman Web Justice for Sisters (JFS)