Connect with us

Terkini

Peringatan SPR bagi penamaan calon PRN Sabtu ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua pihak yang menghadiri hari penamaan calon bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pada Sabtu ini mengikuti peraturan ditetapkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Peringatan SPR bagi penamaan calon PRN Sabtu ini
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua pihak yang menghadiri hari penamaan calon bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pada Sabtu ini mengikuti peraturan ditetapkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
  • Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, penggunaan semua jenis alat muzik atau pembesar suara bagi tujuan dakyah politik melalui apa-apa cara adalah tidak dibenarkan.
  • Katanya, ini termasuk menerusi penggunaan apa jua jenis kenderaan untuk tujuan berkenaan adalah dilarang dan merupakan satu kesalahan di bawah akta tersebut.
  • “Orang awam serta penyokong-penyokong yang mengiringi calon adalah dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan pusat penamaan calon yang ditetapkan.
  • “Semua bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik diingatkan mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan kertas penamaan calon,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua pihak yang menghadiri hari penamaan calon bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pada Sabtu ini mengikuti peraturan ditetapkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, penggunaan semua jenis alat muzik atau pembesar suara bagi tujuan dakyah politik melalui apa-apa cara adalah tidak dibenarkan.

Katanya, ini termasuk menerusi penggunaan apa jua jenis kenderaan untuk tujuan berkenaan adalah dilarang dan merupakan satu kesalahan di bawah akta tersebut.

“Orang awam serta penyokong-penyokong yang mengiringi calon adalah dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan pusat penamaan calon yang ditetapkan.

“Semua bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik diingatkan mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan kertas penamaan calon,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata, setiap bakal calon hanya boleh diiringi oleh seorang pencadang calon dan penyokong calon untuk dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon.

Katanya, calon-calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, adalah juga tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan.

Ini termasuk bagi tujuan mempamer dan mengedarkan bahan kempen pilihan raya yang mengandungi gambar calon, lambang atau simbol parti dan gambar pemimpin parti gabungan atau komponen secara bersama atau berasingan yang diwakilinya.

“SPR menyeru kepada bakal-bakal calon dan parti-parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Ini bagi memastikan proses penamaan calon yang dilaksanakan dapat berjalan dengan baik dan lancar,” katanya

Sumber: Utusan Malaysia 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *