Connect with us

Terkini

Pemandu pelancong berbahasa Mandarin di Masjid Sri Sendayan

Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) berhasrat menjadikan Masjid Sri Sendayan di sini sebagai salah sebuah masjid di negara yang mempunyai pemandu pelancong yang berkebolehan bertutur dalam bahasa Mandarin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemandu pelancong berbahasa Mandarin di Masjid Sri Sendayan
Foto: Muhammad Shafiq Lee (kanan) memberi penerangan kepada pelancong luar yang menyertai program Mosque Tour Sendayan 2023 di Masjid Sri Sendayan, Seremban.
  • Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) berhasrat menjadikan Masjid Sri Sendayan di sini sebagai salah sebuah masjid di negara yang mempunyai pemandu pelancong yang berkebolehan bertutur dalam bahasa Mandarin.
  • Ketua Exco Dakwah MACMA, Robert Ta Honn Yu berkata, ia selepas Masjid Sri Sendayan kini mula dikenali dan sering dikunjungi pelancong luar negara termasuk dari negara China.
  • Jelas beliau, jika perkara itu berjaya direalisasikan, Masjid Sri Sendayan akan menjadi masjid ketiga di negara ini yang mempunyai pemandu pelancong berbahasa Mandarin selepas Masjid Putra di Putrajaya dan Masjid Sultan Ahmad Shah, Pahang.
  • “Masjid memang berpotensi menjadi tarikan pelancong termasuk dari China. Sekiranya terdapat lebih ramai pemandu pelancong tentunya boleh membantu memperkenalkan masjid ini kepada orang luar,” katanya lagi.

SEREMBAN: Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) berhasrat menjadikan Masjid Sri Sendayan di sini sebagai salah sebuah masjid di negara yang mempunyai pemandu pelancong yang berkebolehan bertutur dalam bahasa Mandarin.

Ketua Exco Dakwah MACMA, Robert Ta Honn Yu berkata, ia selepas Masjid Sri Sendayan kini mula dikenali dan sering dikunjungi pelancong luar negara termasuk dari negara China.

Jelas beliau, jika perkara itu berjaya direalisasikan, Masjid Sri Sendayan akan menjadi masjid ketiga di negara ini yang mempunyai pemandu pelancong berbahasa Mandarin selepas Masjid Putra di Putrajaya dan Masjid Sultan Ahmad Shah, Pahang.

“Masjid Sri Sendayan menerima sambutan menggalakkan dari pelancong negara China, keindahan seni bina masjid ini menjadi tarikan dan dikenali ramai.

“Bagaimanapun, di sini tiada pemandu pelancong untuk memberi penerangan ataupun membawa mereka melawat sekitar masjid dengan menggunakan bahasa Mandarin.

“Oleh itu, kami mahu mencari lebih ramai sukarelawan yang boleh menjadi pemandu pelancong di masjid terpilih ini. Kami alu-alukan mereka yang fasih mandarin dan berminat menjadi pemandu pelancong dan boleh terus menghubungi saya,” katanya kepada Utusan Malaysia pada Program Mosque Tour Sendayan 2023 di Masjid Sri Sendayan di sini.

Sementara itu, Pengerusi MACMA Negeri Sembilan, Muhammad Shafiq Lee Abdullah berkata, program yang dianjurkan berkenaan bertujuan memberi peluang kepada orang ramai yang berminat menjadi pemandu pelancong selain memberi pemahaman kepada pelancong dengan mengenali lebih dekat kesenian yang ada masjid di negara ini.

“Masjid memang berpotensi menjadi tarikan pelancong termasuk dari China. Sekiranya terdapat lebih ramai pemandu pelancong tentunya boleh membantu memperkenalkan masjid ini kepada orang luar,” katanya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *