Connect with us

Terkini

Naratif ‘kuasai Mandarin’ dimainkan media tempatan, perlekeh bahasa kebangsaan

Naratif “menguasai Mandarin” yang kini dilihat sedang menguasai identiti persekolahan negara dan dikaitkan dengan ungkapan “rich Chinese culture” yang dimainkan media tempatan didakwa memperlekehkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC-IIUM), Datuk Dr Ahmad Murad Merican.
  • Naratif “menguasai Mandarin” yang kini dilihat sedang menguasai identiti persekolahan negara dan dikaitkan dengan ungkapan “rich Chinese culture” yang dimainkan media tempatan didakwa memperlekehkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  • Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC-IIUM), Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata perkara itu juga akan mendhaifkan Bahasa Melayu dan budaya Melayu yang merupakan asas kepada budaya kebangsaan. 
  • Naratif berkenaan turut didakwa beliau akan mencorak kesedaran orang ramai bahawa menguasai bahasa Melayu melalui sekolah kebangsaan tidak akan memberi peluang yang cerah kepada kerjaya seseorang.
  • “Naratif surat khabar ini menindas nilai bahasa kebangsaan, membawa implikasi bahawa bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) adalah sempit dan kolot. 
  • “Ini adalah contoh naratif yang menghasut. Surat khabar dan kewartawanan yang tidak beretika,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis yang turut memuat naik tangkap layar hantaran Facebook laporan media tempatan tentang kelebihan kaum bukan Cina menguasai bahasa Mandarin.

KUALA LUMPUR — Naratif “menguasai Mandarin” yang kini dilihat sedang menguasai identiti persekolahan negara dan dikaitkan dengan ungkapan “rich Chinese culture” yang dimainkan media tempatan didakwa memperlekehkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC-IIUM), Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata perkara itu juga akan mendhaifkan Bahasa Melayu dan budaya Melayu yang merupakan asas kepada budaya kebangsaan. 

Naratif berkenaan turut didakwa beliau akan mencorak kesedaran orang ramai bahawa menguasai bahasa Melayu melalui sekolah kebangsaan tidak akan memberi peluang yang cerah kepada kerjaya seseorang.

“Naratif surat khabar ini menindas nilai bahasa kebangsaan, membawa implikasi bahawa bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) adalah sempit dan kolot. 

“Ini adalah contoh naratif yang menghasut. Surat khabar dan kewartawanan yang tidak beretika. 

“Kita sedang menghadapi kewartawanan yang subversif terhadap kepentingan negara dan kebangsaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis yang turut memuat naik tangkap layar hantaran Facebook laporan media tempatan tentang kelebihan kaum bukan Cina menguasai bahasa Mandarin.

Petikan hantaran media tempatan berbahasa Inggeris itu antaranya mengatakan menguasai bahasa Mandarin bukan sahaja memberi kelebihan dalam kerjaya bagi individu bukan Cina yang pernah bersekolah di sekolah Cina, namun juga meluaskan pandangan dan perspektif mereka tentang budaya Cina yang kaya.

Turut disertakan video berdurasi dua minit 29 saat memaparkan dua individu dipercayai bangsa Melayu yang juga masing-masing merupakan alumni Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pu Nan.

Kedua-dua lelaki itu menceritakan tentang bagaimana menguasai bahasa Mandarin membantu dan memberi kelebihan buat mereka dalam kerjaya.

Pelaporan itu difahamkan adalah sebahagian daripada siri Media in Arms, ‘SJKC: Realiti untuk pelajar Bukan Cina’ yang membabitkan kerjasama lima media arus perdana. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending