Connect with us

Terkini

Sarawak tidak benarkan artis antarabangsa bertentangan pendirian Malaysia beraksi

Sarawak menolak kemasukan artis antarabangsa yang mengkritik pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sarawak tidak benarkan artis antarabangsa bertentangan pendirian Malaysia beraksi
Foto: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
  • Sarawak menolak kemasukan artis antarabangsa yang mengkritik pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
  • Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tidak mengira sama ada artis yang dimaksudkan itu popular di peringkat antarabangsa, Kerajaan Sarawak tetap menyokong keputusan Kerajaan Malaysia untuk mengharamkan mereka yang menentang dasar negara.
  • “Jika anda mempunyai sikap sebegini (menentang dasar negara), jangan jejakkan kaki ke Sarawak,” kata beliau dalam satu sidang media di sini semalam.
  • Sarawak sejak beberapa tahun lalu telah menjemput banyak artis antarabangsa untuk membuat persembahan dalam beberapa acara muzik di dalam negeri ini tetapi mereka terlebih dahulu diberitahu mengenai had di dalam persembahan mereka. 

KUCHING — Sarawak menolak kemasukan artis antarabangsa yang mengkritik pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tidak mengira sama ada artis yang dimaksudkan itu popular di peringkat antarabangsa, Kerajaan Sarawak tetap menyokong keputusan Kerajaan Malaysia untuk mengharamkan mereka yang menentang dasar negara.

“Jika anda mempunyai sikap sebegini (menentang dasar negara), jangan jejakkan kaki ke Sarawak,” kata beliau dalam satu sidang media di sini semalam.

Beliau berkata demikian semasa mengulas tindakan penyanyi sebuah kumpulan muzik British, The 1975 Matt Healy yang dilaporkan mengkritik pendirian Kerajaan Malaysia terhadap isu LGBT  ketika membuat persembahan di Festival Good Vibes 2023 di Litar Antarabangsa Sepang, Sabtu lepas. 

Menurut beliau, Sarawak sejak beberapa tahun lalu telah menjemput banyak artis antarabangsa untuk membuat persembahan dalam beberapa acara muzik di dalam negeri ini tetapi mereka terlebih dahulu diberitahu mengenai had di dalam persembahan mereka. 

“Kami juga memberitahu mereka secara baik-baik  bahawa kami tidak terlalu tegas di dalam soal pakaian, selagi kamu masih berpakaian di atas pentas,” katanya. – BERNAMA

Sumber : Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *