Connect with us

Terkini

Tiada penganjuran ratu pondan di Melaka

Melaka sama sekali tidak akan membenarkan penganjuran acara peragaan ‘ratu pondan’, yang dikatakan sedang dirancang untuk diadakan hujung bulan ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiada penganjuran ratu pondan di Melaka
Foto: Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman.
  • Melaka sama sekali tidak akan membenarkan penganjuran acara peragaan ‘ratu pondan’, yang dikatakan sedang dirancang untuk diadakan hujung bulan ini.
  • Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata pihaknya memanggil penganjur program itu untuk bersemuka, namun gagal mendapat kerjasama baik.
  • “Kita ulangi pendirian yang sama sekali tidak akan benarkan acara sebegini dianjurkan kerana ia bukan saja mencalarkan imej umat Islam, mencemar kesucian bulan pertama tahun Hijrah ini, malah (mencemar imej) masyarakat lain yang berada di negeri ini.
  • “Kita sudah panggil penganjur namun setakat semalam, dia masih tidak datang. Jika datang pun memang kita tak benarkan (penganjuran). Insya-Allah kita konsisten dengan pendirian tidak membenarkannya,” katanya selepas hadir ke majlis Perhimpunan dan Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2023 yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Auditorium Masjid Al-Azim di Melaka hari ini.

MELAKA – Melaka sama sekali tidak akan membenarkan penganjuran acara peragaan ‘ratu pondan’, yang dikatakan sedang dirancang untuk diadakan hujung bulan ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata pihaknya telah memanggil penganjur program itu untuk bersemuka, namun gagal mendapat kerjasama yang baik.

“Kita ulangi pendirian yang sama sekali tidak akan benarkan acara sebegini dianjurkan kerana ia bukan saja mencalarkan imej umat Islam, mencemar kesucian bulan pertama tahun Hijrah ini, malah (mencemar imej) masyarakat lain yang berada di negeri ini.

“Kita sudah panggil penganjur namun setakat semalam, dia masih tidak datang. Jika datang pun memang kita tak benarkan (penganjuran). Insya-Allah kita konsisten dengan pendirian tidak membenarkannya,” katanya selepas hadir ke majlis Perhimpunan dan Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2023 yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Auditorium Masjid Al-Azim di Melaka hari ini.

Beliau berkata sekiranya penganjuran acara itu diteruskan juga, pihaknya akan menjalankan tindakan penguatkuasaan yang tegas ke atas penganjur dan mereka yang terlibat.

Terdahulu media melaporkan satu acara peragaan ‘ratu pondan’ dirancang untuk diadakan di sebuah hotel terkemuka hujung bulan ini, dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit mengesahkan menerima laporan berkaitan program itu, yang kemudiannya telah dirujuk ke Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *