Antarabangsa
Ratu pondan menyerupai ‘Jesus’ cetuskan kemarahan warga Filipina
Seorang ratu pondan Filipina ditahan setelah bertindak membaca doa penganut Kristian (‘Lord’s Prayer’) dengan penampilan menyerupai ‘Jesus’, sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai di negara majoriti katolik itu.

- Seorang ratu pondan Filipina ditahan setelah bertindak membaca doa penganut Kristian (‘Lord’s Prayer’) dengan penampilan menyerupai ‘Jesus’, sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai di negara majoriti katolik itu.
- Amadeus Fernando Pagente yang dikenali dengan nama Pura Luka Vega ditangkap pada 4 Oktober lalu berhubung persembahannya semasa sambutan Pride in Manila of Ama Namin, dengan nyanyian Lord’s Prayer versi punk rock.
- Vega, 33, didakwa melanggar undang-undang yang melarang “lakonan, adegan, perbuatan atau pertunjukan yang tidak senonoh atau tidak bermoral” yang “menyinggung mana-mana kaum atau agama”.
- Pertuduhan dihadapinya membawa hukuman penjara hingga 12 tahun serta kemungkinan dikenakan denda.
- Video kelakuannya itu tular dan tindakannya itu dikutuk tokoh agama terkemuka dan penggubal undang-undang Filipina.
Seorang ratu pondan Filipina ditahan setelah bertindak membaca doa penganut Kristian (‘Lord’s Prayer’) dengan penampilan menyerupai ‘Jesus’, sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai di negara majoriti katolik itu.
Amadeus Fernando Pagente yang dikenali dengan nama Pura Luka Vega ditangkap pada 4 Oktober lalu berhubung persembahannya semasa sambutan Pride in Manila of Ama Namin, dengan nyanyian Lord’s Prayer versi punk rock.
Vega, 33, didakwa melanggar undang-undang yang melarang “lakonan, adegan, perbuatan atau pertunjukan yang tidak senonoh atau tidak bermoral” yang “menyinggung mana-mana kaum atau agama”.
Pertuduhan dihadapinya membawa hukuman penjara hingga 12 tahun serta kemungkinan dikenakan denda.
Video kelakuannya itu tular dan tindakannya itu dikutuk tokoh agama terkemuka dan penggubal undang-undang Filipina.
Persidangan Uskup Katolik Filipina turut mengatakan persembahan itu bertindak ‘menghina’ dan tidak menghormati gereja.
The Philippines for Jesus Movement dan beberapa kumpulan Kristian lain turut memfailkan laporan jenayah ke atasnya.
Penghibur itu diisytiharkan sebagai ‘persona non grata’ di 17 kawasan negara itu, termasuk di Manila dan Cebu.
Sumber: Al Jazeera, Manila Times
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas