Connect with us

Terkini

Kes guru ponteng, tiga bekas pelajar dapat ganti rugi RM90,000

Tiga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud yang menang kes saman terhadap guru yang tidak hadir mengajar selama tujuh bulan berharap hukuman itu menjadi pengajaran.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kes guru ponteng, tiga bekas pelajar dapat ganti rugi RM90,000
Foto: Tiga bekas pelajar SMK Taun Gusi bersama peguam dan rakan selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu semalam.
  • Tiga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud menang kes saman terhadap guru tidak hadir mengajar selama tujuh bulan berharap hukuman itu menjadi pengajaran.
  • Rusiah Sabdarin berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu semalam yang menganugerahkan ganti rugi RM90,000 kepadanya dan dua plaintif lain perlu diambil serius sekolah dan jabatan pendidikan untuk memantau kehadiran guru.
  • Tegasnya, setiap aduan pelajar juga tidak harus dibiarkan sebaliknya perlu ada tindakan susulan.
  • “Harapan saya juga pelajar-pelajar mesti berani bersuara dan mengetahui haknya,” katanya dalam kenyataan dikongsi kepada media oleh NGO Tiada. Guru yang membantu menguruskan saman terbabit.
  • Semalam, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menganugerahkan ganti rugi berjumlah RM90,000 kepada tiga bekas pelajar SMK Taun Gusi yang memfailkan saman terhadap guru mereka Mohd Jainal Jamran kerana gagal mengajar mereka dalam kelas bahasa Inggeris antara Mac hingga November 2017.

PETALING JAYA – Tiga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud yang menang kes saman terhadap guru yang tidak hadir mengajar selama tujuh bulan berharap hukuman itu menjadi pengajaran.

Rusiah Sabdarin berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu semalam yang menganugerahkan ganti rugi RM90,000 kepadanya dan dua plaintif lain perlu diambil serius sekolah dan jabatan pendidikan untuk memantau kehadiran guru.

Tegasnya, setiap aduan pelajar juga tidak harus dibiarkan sebaliknya perlu ada tindakan susulan.

“Harapan saya juga pelajar-pelajar mesti berani bersuara dan mengetahui haknya,” katanya dalam kenyataan dikongsi kepada media oleh NGO Tiada. Guru yang membantu menguruskan saman terbabit.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menganugerahkan ganti rugi berjumlah RM90,000 kepada tiga bekas pelajar SMK Taun Gusi yang memfailkan saman terhadap guru mereka Mohd Jainal Jamran kerana gagal mengajar mereka dalam kelas bahasa Inggeris antara Mac hingga November 2017.

Turut dinamakan sebagai defendan, pengetua SMK Taun Gusi ketika itu Suid Hanapi, ketua pengarah pendidikan, menteri pendidikan dan kerajaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim dalam membuat keputusan itu berkata plaintif berjaya membuktikan kes berdasarkan keseimbangan kebarangkalian.

Plaintif kedua Calvina Angayung berkata dia berpuas hati dengan keputusan itu selepas hampir enam tahun berjuang untuk mendapatkan keadilan.

Tambahnya, sikap tidak bertanggungjawab guru terbabit menyebabkan dia serta rakannya gagal dalam peperiksaan bahasa Inggeris.

“Masih segar di ingatan kejadian kes guru ponteng kelas ini, kami mangsa ketidakadilan guru ini,” katanya mengucapkan terima kasih kepada peguam, NGO, keluarga dan media yang menyokong mereka.

Plaintif ketiga Nur Natasha Allisya Hamali turut melahirkan kesyukuran dengan keputusan itu yang menaikkan semangatnya untuk menempuh cabaran masa depan.

Sumber: Free Malaysia Today

Author