Antarabangsa
Tindakan pemuda 18 tahun sertai ISIS bertentangan Islam – Imam di Colorado
Tindakan seorang pemuda berusia 18 tahun yang didakwa berikrar taat setia kepada kumpulan ISIS disifatkan sebagai melanggar peraturan Islam, demikian menurut pemimpin masjid Aurora di sini.

- Tindakan seorang pemuda berusia 18 tahun yang didakwa berikrar taat setia kepada kumpulan ISIS disifatkan sebagai melanggar peraturan Islam, demikian menurut pemimpin masjid Aurora di sini.
- Imam Pusat Komuniti Muslim Colorado, Karim Abuzaid berkata Islam bukan agama ekstremisme.
- Beliau juga berkata umat Islam di sini wajib mematuhi undang-undang di Amerika Syarikat (AS) dan ISIS tidak diterima dalam agama arus perdana.
DENVER — Tindakan seorang pemuda berusia 18 tahun yang didakwa berikrar taat setia kepada kumpulan ISIS disifatkan sebagai melanggar peraturan Islam, demikian menurut pemimpin masjid Aurora di sini.
Imam Pusat Komuniti Muslim Colorado, Karim Abuzaid berkata Islam bukan agama ekstremisme.
Beliau juga berkata umat Islam di sini wajib mematuhi undang-undang di Amerika Syarikat dan ISIS tidak diterima dalam agama arus perdana.
“ISIS tidak mewakili Islam dan umat Islam. ISIS adalah sebuah mazhab yang hanya menggunakan bukti teks tertentu daripada wahyu itu dan memanipulasinya serta membawanya keluar dari konteks untuk membenarkan atau mengesahkan pendekatan mereka, yang mana ulama arus perdana dunia Islam ini tidak membenarkan atau tidak bersetuju dengannya,” kata Karim dipetik KDVR.
Pensyarah dari Sekolah Siswazah Psikologi Profesional Universiti Denver, Profesor Kim Gorgens pula membincangkan mengapa remaja seperti Davin Daniel Meyer boleh terdedah.
Penyarah itu berkata isu kesihatan mental individu boleh menjejaskan kelemahan seseorang.
“Orang yang berasa tidak berdaya. Orang yang berasa putus asa. Orang yang kehilangan haknya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka terdedah kepada dieksploitasi dan menjadi radikal dan remaja terutamanya terdedah untuk beberapa sebab, ” kata Kim.
Sumber: KDRV
