Connect with us

Antarabangsa

Korea Selatan lulus RUU hukuman lebih berat jenayah bunuh bayi

Jawatankuasa Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengenakan hukuman lebih berat bagi kes pembunuhan dengan sengaja bayi baru lahir dan pembuangan mayat bayi.

Wartawan TMT

Published

on

Korea Selatan lulus RUU hukuman lebih berat jenayah bunuh bayi
Foto: Semakan hukuman bagi pembunuhan bayi dijadual dibentangkan pada sidang pleno Parlimen Korea Selatan pada Selasa sebelum berkuat kuasa kira-kira 6 bulan kemudian.
  • Jawatankuasa Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengenakan hukuman lebih berat bagi kes pembunuhan dengan sengaja bayi baru lahir dan pembuangan mayat bayi.
  • RUU itu menetapkan hukuman lebih berat ke atas pembunuhan bayi dan pembuangan mayat bayi setara dengan hukuman bagi pembunuhan biasa dan pembuangan mayat, lapor Agensi Berita Yonhap.
  • Semakan itu dibuat di tengah-tengah peningkatan kemarahan sosial terhadap sejumlah besar kes kematian bayi tidak berdaftar baru-baru ini.
  • Undang-undang sedia ada menetapkan hukuman mati, hukuman penjara seumur hidup atau penjara sekurang-kurangnya lima tahun bagi mereka yang disabitkan dengan pembunuhan biasa, manakala hukuman ke atas kes pembunuhan bayi dihadkan kepada penjara tidak lebih 10 tahun.

SEOUL – Jawatankuasa Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengenakan hukuman lebih berat bagi kes pembunuhan dengan sengaja bayi baru lahir dan pembuangan mayat bayi.

RUU itu menetapkan hukuman lebih berat ke atas pembunuhan bayi dan pembuangan mayat bayi setara dengan hukuman bagi pembunuhan biasa dan pembuangan mayat, lapor Agensi Berita Yonhap.

Semakan itu dibuat di tengah-tengah peningkatan kemarahan sosial terhadap sejumlah besar kes kematian bayi tidak berdaftar baru-baru ini.

Undang-undang sedia ada menetapkan hukuman mati, hukuman penjara seumur hidup atau penjara sekurang-kurangnya lima tahun bagi mereka yang disabitkan dengan pembunuhan biasa, manakala hukuman ke atas kes pembunuhan bayi dihadkan kepada penjara tidak lebih 10 tahun.

Ia juga menetapkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga 5,000,000 won (USD3,950), atau penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga 15,000,000 won bagi mereka yang disabitkan kesalahan membuang mayat, berbanding hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga 3,000,000 won bagi mereka yang disabitkan kesalahan membuang mayat bayi.

Semakan itu dijadual dibentangkan pada sidang pleno Parlimen pada Selasa sebelum berkuat kuasa kira-kira enam bulan kemudian.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Gaza: Tentera zionis Israel diserang tebuan, anjing dan parasit

Dua belas askar Israel cedera selepas diserang sekumpulan tebuan di selatan wilayah Gaza, kata Pasukan Pendudukan Israel (IOF).

A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dua belas askar Israel cedera selepas diserang sekumpulan tebuan di selatan wilayah Gaza, kata Pasukan Pendudukan Israel (IOF).
  • Tentera rejim berkata insiden itu berlaku pada Jumaat apabila sebuah kereta kebal secara tidak sengaja mengganggu sarang tebuan menyebabkan serangga itu bertindak balas, lapor The Times of Israel.
  • Disember lalu, akhbar Israel Maariv melaporkan penyakit kulit disebabkan parasit Leishmania, mengundang penyakit Rose of Jericho (Leishmaniasis) menyebabkan “sakit kulit berulser” kepada puluhan askar Israel yang berpangkalan di sempadan Gaza.
  • Serangan parasit itu disusuli insiden Februari lalu apabila KAN News melaporkan IOF menjadi sasaran kumpulan anjing liar di wilayah Gaza.

Dua belas askar Israel cedera selepas diserang sekumpulan tebuan di selatan wilayah Gaza, kata Pasukan Pendudukan Israel (IOF).

Tentera rejim berkata insiden itu berlaku pada Jumaat apabila sebuah kereta kebal secara tidak sengaja mengganggu sarang tebuan menyebabkan serangga itu bertindak balas, lapor The Times of Israel.

Askar yang cedera diberikan rawatan di Pusat Perubatan Sheba di Tel Hashomer, dengan seorang daripadanya memerlukan rawatan rapi, kata laporan itu.

Disember lalu, akhbar Israel Maariv melaporkan penyakit kulit disebabkan parasit Leishmania, mengundang penyakit Rose of Jericho (Leishmaniasis) menyebabkan “sakit kulit berulser” kepada puluhan askar Israel yang berpangkalan di sempadan Gaza.

Serangan parasit itu disusuli insiden Februari lalu apabila KAN News melaporkan IOF menjadi sasaran kumpulan anjing liar di wilayah Gaza.

Walaupun tiada askar IOF cedera dilaporkan, mereka di lapangan mendakwa anjing-anjing tersebut terlalu agresif dan sentiasa merengus seolah-olah mahu merenggut tentera rejim. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending