Connect with us

Terkini

Bayi setahun 10 bulan positif dadah, ibu ditahan

Polis menahan seorang wanita berusia 21 tahun selepas dia dan anak perempuannya yang berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bayi setahun 10 bulan positif dadah, ibu ditahan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis menahan seorang wanita berusia 21 tahun selepas dia dan anak perempuannya yang berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah.
  • Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, wanita itu ditahan selepas polis mendapat laporan daripada Hospital Taiping pada Selasa.
  • “Kita telah dimaklumkan oleh Pegawai Perubatan Hospital bayi itu positif dadah Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya. 
  • Menurut Razlam, kes itu mula terbongkar ketika hendak tidur, bayi itu menunjukkan tingkah laku tidak terkawal.
  • Katanya, ibu bayi itu yang merupakan seorang suri rumah ditahan dan saringan air kencing mendapati positif dadah jenis Methaphetamine.

TAIPING: Polis menahan seorang wanita berusia 21 tahun selepas dia dan anak perempuannya yang berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, wanita itu ditahan selepas polis mendapat laporan daripada Hospital Taiping pada Selasa.

“Kita telah dimaklumkan oleh Pegawai Perubatan Hospital bayi itu positif dadah Amphetamine dan Methamphetamine.

“Kita difahamkan sebelum itu bayi itu dihantar ke rumah neneknya sementara ibunya keluar membeli barangan runcit di kedai berhampiran,” katanya.

Menurut Razlam, kes itu mula terbongkar ketika hendak tidur, bayi itu menunjukkan tingkah laku tidak terkawal.

“Ibunya telah membawanya ke hospital dan pihak hospital mendapati bayi itu positif dadah,” katanya.

Katanya, ibu bayi itu yang merupakan seorang suri rumah ditahan dan saringan air kencing mendapati positif dadah jenis Methamphetamine.

“Difahamkan bayi itu dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author