Antarabangsa
Selepas England, Ireland pula ‘haramkan’ transgender sertai ragbi wanita
Pemain transgender tidak lagi dibenarkan menyertai ragbi wanita di Ireland selepas Kesatuan Bola Sepak Ragbi Ireland (IRFU) mengubah dasar jantina penyertaan sukan terbabit.
- Kesatuan Bola Sepak Ragbi Ireland (IRFU) tidak lagi benarkan pemain transgender bertanding dalam acara ragbi wanita melalui dasar penyertaan baharu.
- Keputusan dibuat berdasarkan bukti-bukti saintifik selaras dengan garis panduan Ragbi Dunia.
- Bulan lalu, Kesatuan Bola Sepak Ragbi England mengundi untuk menolak penyertaan transgender dalam acara domestik itu.
- “Dalam satu kajian terbaru mendapati terdapat perbezaan fizikal antara seorang wanita tulen dan seorang lelaki tulen dari segi stamina dan fizikal memandangkan lelaki mempunyai keupayaan yang lebih setelah akil baligh dan ia akan kekal walaupun selepas prosedur ‘testosterone suppression,” demikian kenyataan IRFU.
- Atlet terjejas ditawarkan untuk kekal aktif dalam sukan itu melalui penglibatan sebagai sukarelawan, pengadil atau apa saja bentuk penyertaan yang tidak melanggar garis panduan IRFU.
Pemain transgender tidak lagi dibenarkan menyertai ragbi wanita di Ireland selepas Kesatuan Bola Sepak Ragbi Ireland (IRFU) mengubah dasar jantina penyertaan sukan terbabit.
IRFU menjelaskan keputusan itu dibuat berdasarkan bukti-bukti saintifik selaras dengan garis panduan Ragbi Dunia.
Tahun lalu, Ragbi Dunia melarang pemain wanita transgender daripada bertanding dalam acara wanita peringkat elit atas faktor kebimbangan keselamatan.
Manakala Kesatuan Bola Sepak Ragbi England bulan lalu menolak penyertaan transgender dalam sukan domestik itu berdasarkan undian 33 menolak dan 26 menyokong penyertaan transgender dalam ragbi wanita.
IRFU mengakui ia perkara “sensitif dan mencabar bagi mereka yang secara terbuka tergolong dalam komuniti LGBTQ+” serta turut menghubungi pemain yang terjejas oleh perubahan dasar baharu itu.
“Dalam satu kajian terbaru mendapati terdapat perbezaan fizikal antara seorang wanita tulen dan seorang lelaki tulen dari segi stamina dan fizikal memandangkan lelaki mempunyai keupayaan yang lebih setelah akil baligh dan ia akan kekal walaupun selepas prosedur ‘testosterone suppression,” demikian kenyataan IRFU.
“Dasar baharu ini selaras dengan Ragbi Dunia, IRFU dan badan induk lain. Ini bermakna penyertaan ragbi bagi kategori wanita hanya terhad kepada mereka yang direkodkan jantinanya sebagai wanita sejak lahir sahaja.
“Terdapat dua pemain berdaftar terjejas di Ireland sejurus perubahan ini. IRFU telah membincangkan perkara terbabit dengan mereka yang terjejas dan menawarkan pilihan untuk kekal aktif dalam sukan itu melalui penglibatan sebagai sukarelawan, pengadil atau apa saja bentuk penyertaan yang tidak melanggar garis panduan IRFU sebagai tanda penghargaan”.
Manakala bagi ragbi kategori lelaki, pemain dilahirkan sebagai wanita boleh menyertainya dengan syarat individu terbabit perlu mengemukakan surat kebenaran dan menjalani penilaian risiko.
Badan sukan itu menjelaskan pemain-pemain yang terjejas dengan dasar baharu itu “akan kekal bekerjasama dengan IRFU bagi menggalakkan penyertaan yang berterusan dalam sukan ini”.
Hafidz
August 31, 2022 at 5:30 pm
kekeliruan betul