Connect with us

Antarabangsa

Polis Belanda dilarang memakai hijab semasa bertugas

Pegawai polis Belanda akan dilarang memakai pakaian atau simbol keagamaan semasa menjalankan tugas, termasuk hijab, salib Kristian atau yarmulkes (pakaian penutup kepala) Yahudi, lapor The Times pada 29 Jun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Polis Belanda dilarang memakai hijab semasa bertugas
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pegawai polis Belanda akan dilarang memakai pakaian atau simbol keagamaan semasa menjalankan tugas, termasuk hijab, salib Kristian atau yarmulkes (pakaian penutup kepala) Yahudi, lapor The Times pada 29 Jun lalu.
  • Tindakan itu dibuat selepas kumpulan politik anti-Islam berhaluan kanan menuntut “neutraliti (keberkecualian) pakaian seragam polis”.
  • “Dengan peraturan ini, akan ada kejelasan tentang neutraliti pakaian seragam. Saya rasa ungkapan agama atau kepercayaan yang boleh dilihat tidak sesuai untuk pegawai beruniform. Mereka adalah individu mewakili kerajaan dan diberi mandat untuk menggunakan kekerasan jika perlu,” kata Menteri Kehakiman Belanda, Dilan Yesilgoz.
  • Dilan menegaskan pasukan polis terbuka kepada orang Islam dan orang yang beragama lain, namun semua pegawai polis akan tertakluk kepada peraturan yang sama.

LONDON: Pegawai polis Belanda akan dilarang memakai pakaian atau simbol keagamaan semasa menjalankan tugas, termasuk hijab, salib Kristian atau yarmulkes (pakaian penutup kepala) Yahudi, lapor The Times pada 29 Jun lalu.

Tindakan itu dibuat selepas kumpulan politik anti-Islam berhaluan kanan menuntut “neutraliti (keberkecualian) pakaian seragam polis”.

“Saya berharap perbincangan itu selesai,” kata Menteri Kehakiman Belanda, Dilan Yesilgoz dalam surat kepada penggubal undang-undang.

“Dengan peraturan ini, akan ada kejelasan tentang neutraliti pakaian seragam. Saya rasa ungkapan agama atau kepercayaan yang boleh dilihat tidak sesuai untuk pegawai beruniform. Mereka adalah individu mewakili kerajaan dan diberi mandat untuk menggunakan kekerasan jika perlu,” kata Dilan dipetik Arab News.

Dilan menegaskan pasukan polis terbuka kepada orang Islam dan orang yang beragama lain, namun semua pegawai polis akan tertakluk kepada peraturan yang sama.

“Jika anda berhijab, anda juga dialu-alukan di dalam pasukan polis tetapi di tempat yang berbeza. Dalam hubungan dengan orang ramai anda perlu kelihatan neutral supaya orang berhadapan dengan anda sentiasa melihat pakaian seragam yang sama,” kata menteri itu.

Pada 2017, Ketua Pesuruhjaya Polis Amsterdam, Pieter-Jaap Aalbersberg menyokong agar sekatan untuk mempromosikan kepelbagaian budaya ditarik balik.

Beliau memetik United Kingdom (UK) sebagai contoh di mana pegawai polis dibolehkan memakai hijab semasa bertugas.

Situasi itu berlaku susulan bekas pegawai polis berpangkalan di Rotterdam, Sarah Izat mencabar sekatan ke atasnya dengan memperjuangkan hak memakai hijab dengan pakaian seragamnya.

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *