Connect with us

Antarabangsa

Konflik Sudan: Tiga juta hilang tempat tinggal – PBB

Konflik di Sudan yang berlanjutan hampir tiga bulan memaksa hampir tiga juta orang penduduk hilang tempat tinggal, dengan hampir 700,000 telah meninggalkan negara itu, Sputnik memetik kenyataan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada Khamis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Konflik Sudan: Tiga juta hilang tempat tinggal – PBB
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Konflik di Sudan yang berlanjutan hampir tiga bulan memaksa hampir tiga juta orang penduduk hilang tempat tinggal, dengan hampir 700,000 telah meninggalkan negara itu, Sputnik memetik kenyataan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada Khamis.
  • Kebanyakan penduduk melarikan diri ke Mesir (40 peratus) manakala selebihnya ke Chad, Sudan Selatan, Ethiopia dan Republik Afrika Tengah.
  • Menurut organisasi itu, hampir separuh populasi Sudan atau 24.7 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan dan perlindungan segera.

MOSCOW : Konflik di Sudan yang berlanjutan hampir tiga bulan memaksa hampir tiga juta orang penduduk hilang tempat tinggal, dengan hampir 700,000 telah meninggalkan negara itu, Sputnik memetik kenyataan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada Khamis.

Kebanyakan penduduk melarikan diri ke Mesir (40 peratus) manakala selebihnya ke Chad, Sudan Selatan, Ethiopia dan Republik Afrika Tengah.

Menurut organisasi itu, hampir separuh populasi Sudan atau 24.7 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan dan perlindungan segera.

Pertempuran antara tentera Sudan dan  pasukan separa tentera Rapid Support Forces  (RSF) tercetus pada pertengahan April.

Keadaan di negara itu kekal tegang walaupun terdapat rundingan antara pihak bertelagah di Jeddah, Arab Saudi, yang bermula pada 6 Mei. 

Sumber: Buletin TV3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *