Connect with us

Antarabangsa

Penerimaan seks sejenis di AS semakin menurun – Tinjauan

Penerimaan seks sejenis di Amerika Syarikat (AS) pada 2023 menurun berbanding tahun lepas, demikian menurut tinjauan pendapat tahunan ke atas individu dewasa negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Tinjauan Nilai dan Kepercayaan tahunan Gallup, dijalankan pada 1 hingga 24 Mei.
  • Penerimaan seks sejenis di Amerika Syarikat (AS) pada 2023 menurun berbanding tahun lepas, demikian menurut tinjauan pendapat tahunan ke atas individu dewasa negara itu.
  • Tinjauan pendapat itu berlandaskan Tinjauan Nilai dan Kepercayaan Gallup yang dijalankan dari 1 Mei hingga 24 Mei lalu.
  • Pada tahun lalu, isu moral berkaitan ‘hubungan gay atau lesbian’ mencatat rekod tertinggi dengan 71 peratus responden mengatakan hubungan gay dan lesbian adalah tindakan bermoral.
  • Bagaimanapun angka itu menurun kepada 64 peratus pada tahun ini, menjadikan ia satu-satunya isu moral disenaraikan dengan mata penurunan paling tinggi iaitu -7 peratus.
  • Antara empat isu moral dengan penerimaan tertinggi di sisi warga US adalah kawalan kelahiran, perceraian, seks antara lelaki dan wanita belum berkahwin dan mempunyai anak di luar pernikahan.

Penerimaan seks sejenis di Amerika Syarikat (AS) pada 2023 menurun berbanding tahun lepas, demikian menurut tinjauan pendapat tahunan ke atas individu dewasa negara itu.

Tinjauan pendapat itu berlandaskan Tinjauan Nilai dan Kepercayaan Gallup yang dijalankan dari 1 Mei hingga 24 Mei lalu.

Tinjauan itu menunjukkan pendapat warga AS terhadap sesuatu perlakuan atau isu dengan tinggi rendah peratusnya menunjukkan ia diterima sebagai bermoral atau sebaliknya.

Pada tahun lalu, isu moral berkaitan ‘hubungan gay atau lesbian’ mencatat rekod tertinggi dengan 71 peratus responden mengatakan hubungan gay dan lesbian adalah tindakan bermoral.

Bagaimanapun angka itu menurun kepada 64 peratus pada tahun ini, menjadikan ia satu-satunya isu moral disenaraikan dengan mata penurunan paling tinggi iaitu -7 peratus.

Selain itu, hukuman mati pula satu-satunya senarai isu moral yang meningkat kadar penerimaan moralnya iaitu 55 peratus pada 2022 dan 60 peratus pada 2023 dengan mata peningkatan paling tinggi sebanyak 5 mata.

Antara empat isu moral dengan penerimaan tertinggi di sisi warga US adalah kawalan kelahiran, perceraian, seks antara lelaki dan wanita belum berkahwin dan mempunyai anak di luar pernikahan.

Manakala empat isu lain dengan penerimaan terendah adalah kecurangan lelaki dan perempuan sesudah berkahwin, pengklonan manusia, bunuh diri dan poligami. – The Merdeka Times

Foto: Tinjauan Nilai dan Kepercayaan tahunan Gallup, dijalankan pada 1 hingga 24 Mei.

Author