Connect with us

Antarabangsa

Mengapa kebuluran dan kekurangan makanan berlaku di Afrika?

Benua Afrika sememangnya sinonim dengan masalah kebuluran dan kekurangan bekalan makanan sehinggakan banyak badan kemanusian ditubuhkan khusus untuk membantu mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mengapa kebuluran dan kekurangan makanan berlaku di Afrika?
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jumlah populasi di Afrika sub-Sahara berkembang begitu cepat, namun penghasilan bekalan makanan tidak seiring dengan perkembangan penduduk.
  • Kebanyakan negara Afrika terperangkap dalam masalah hutang yang tinggi serta tadbir urus lemah akibat rasuah, sekaligus menyekat pembangunan ekonomi mereka.
  • Epidemik seperti AIDS dan malaria mengorbankan banyak nyawa, terutamanya pencari nafkah bagi keluarga.
  • Afrika juga mempunyai banyak lokasi berdepan konflik bersenjata, di mana kebanyakan peperangan berlaku di selatan Sahara.

Benua Afrika sememangnya sinonim dengan masalah kebuluran dan kekurangan bekalan makanan sehinggakan banyak badan kemanusian ditubuhkan khusus untuk membantu mereka.

Ramai kanak-kanak di sana mengalami penyakit kekurangan zat makanan, malah ada yang maut.

Memetik laporan SOS Children Village, terdapat beberapa faktor menyebabkan masalah itu berlaku di benua kedua terbesar dunia itu.

Jumlah populasi di Afrika sub-Sahara berkembang begitu cepat, namun penghasilan bekalan makanan tidak seiring dengan perkembangan penduduk.

Struktur perdagangan juga tidak adil apabila Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) memberi subsidi kepada pertanian domestik, namun petani Afrika tidak bersaing dengan import makanan murah.

Kebanyakan negara Afrika juga terperangkap dalam masalah hutang yang tinggi serta tadbir urus lemah akibat rasuah, sekaligus menyekat pembangunan ekonomi.

Wabak penyakit juga menjadi punca apabila epidemik seperti AIDS dan malaria mengorbankan banyak nyawa, terutamanya pencari nafkah bagi keluarga.

Afrika juga mempunyai banyak lokasi berdepan konflik bersenjata, di mana kebanyakan peperangan berlaku di selatan Sahara.

Islam mensyariatkan ibadah korban pada hari raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik bagi memupuk sikap peduli dan prihatin terhadap masyarakat.

Perkara itu jelas melalui pengagihan daging korban kepada golongan yang berhak menerimanya, khususnya fakir miskin dan yang memerlukan.

Selain itu, ibadah korban juga bertujuan untuk mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta ke jalan yang Allah SWT.

Bersempena Aidiladha hujung bulan ini, Mercy Mission Malaysia bekerjasama dengan Imam Development Program (IDP) membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyertai Program MyQurban 2023 di Benua Afrika.

Ibadah itu akan dilakukan di lapan negara Afrika dengan hanya RM500 bagi seekor kambing dan tempahan korban boleh dibuat melalui pautan MyQurban – The Merdeka Times

Sumber: SOS Children Village

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *