Connect with us

Terkini

Polis cari penunggang motosikal tunggang arah bertentangan sebabkan kemalangan

Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang memandu secara arah bertentangan dipercayai menjadi punca membabitkan kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 22.2 susur Hulu Klang, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di sini, semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Polis cari penunggang motosikal tunggang arah bertentangan sebabkan kemalangan
Foto: Tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) seorang penunggang motosikal yang memandu secara arah bertentangan di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).
  • Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang memandu secara arah bertentangan dipercayai menjadi punca membabitkan kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 22.2 susur Hulu Klang, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di sini, semalam.
  • Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian pada pukul 1.10 petang ini.
  • Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa motosikal jenis Ducati Panigale yang ditunggang oleh seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an sedang melalui jalan selekoh di lokasi kejadian.
  • “Secara tiba-tiba, di hadapan mangsa didatangi sebuah motosikal dari arah bertentang di bahu sebelah kanan jalan dalam keadaan melawan arah jalan.
  • “Justeru, penunggang motosikal jenis kuasa tinggi yang cuba untuk mengelak kenderaan dari arah bertentangan lalu terus melanggar penghadang sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan semalam.
  • Menurut Azam, kesan daripada pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal terhumban dan jatuh ke bawah pada ketinggian lebih kurang 30 Meter.

AMPANG JAYA: Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang memandu secara arah bertentangan dipercayai menjadi punca membabitkan kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 22.2 susur Hulu Klang, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di sini, semalam.

Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian pada pukul 1.10 petang ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa motosikal jenis Ducati Panigale yang ditunggang oleh seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an sedang melalui jalan selekoh di lokasi kejadian.

“Secara tiba-tiba, di hadapan mangsa didatangi sebuah motosikal dari arah bertentang di bahu sebelah kanan jalan dalam keadaan melawan arah jalan.

“Justeru, penunggang motosikal jenis kuasa tinggi yang cuba untuk mengelak kenderaan dari arah bertentangan lalu terus melanggar penghadang sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Azam, kesan daripada pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal terhumban dan jatuh ke bawah pada ketinggian lebih kurang 30 Meter.

Tambah beliau, motosikal yang ditunggang mangsa terseret ke tengah jalan dan mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) Sungai Klang.

“Motosikal yang datang dari arah bertentangan meninggalkan tempat kejadian dan tindakan untuk mengesan sedang dijalankan.

“Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) telah dikenal pasti dan akan diteliti dengan pihak Lebuh Raya SUKE. Saksi bebas kejadian sedang dikesan bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Azam memberitahu, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca dari kecuaian penunggang motosikal yang tidak dikenal pasti yang memandu secara melulu dan menyebabkan kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi bebas yang menyaksikan kejadian boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-1307 8348,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *