Connect with us

Terkini

Jabatan Peguam Negara masih teliti representasi ketiga Rizal Van Geyzel

Jabatan Peguam Negara (AGC) masih meneliti representasi ketiga difailkan pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, berhubung tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video menyentuh sensitiviti kaum.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jabatan Peguam Negara masih teliti representasi ketiga Rizal Van Geyzel
Foto: Pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel.
  • Jabatan Peguam Negara (AGC) masih meneliti representasi ketiga difailkan pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, berhubung tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video menyentuh sensitiviti kaum.
  • Timbalan Pendakwa Raya, Noor Haslinda Che Seman, berkata atas sebab itu, beliau memohon tarikh sebutan baharu bagi memaklumkan keputusan representasi berkenaan.
  • “Untuk makluman mahkamah, representasi itu diterima pada 7 Jun lalu dan masih di peringkat kajian.
  • “Setakat ini masih tiada keputusan representasi. Kita mohon satu lagi tarikh dan pihak-pihak (pendakwaan dan pembelaan) setuju pada 26 Jun ini,” katanya. 
  • Mohamad Rizal, 40, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Facebook ‘Rizal van Geyzel, Instagram ‘rizalvangeyzel’ dan TikTok ‘rizalvangeyzel’, antara 4 hingga 6 Julai 2022.

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) masih meneliti representasi ketiga difailkan pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, berhubung tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video menyentuh sensitiviti kaum.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Haslinda Che Seman, berkata atas sebab itu, beliau memohon tarikh sebutan baharu bagi memaklumkan keputusan representasi berkenaan.

“Untuk makluman mahkamah, representasi itu diterima pada 7 Jun lalu dan masih di peringkat kajian.

“Setakat ini masih tiada keputusan representasi. Kita mohon satu lagi tarikh dan pihak-pihak (pendakwaan dan pembelaan) setuju pada 26 Jun ini,” katanya. 

Susulan itu, peguam bela Mohamad Rizal, M Pravin, mengesahkan persetujuan tarikh itu, namun memohon kes itu didengar pada petang kerana ada kes lain di Mahkamah Shah Alam pada sebelah pagi.

Hakim, N Priscilla Hemamalini, menetapkan sebutan kes untuk keputusan itu pada jam 2 petang, 26 Jun.

Pada 31 Mei lalu, media melaporkan representasi ketiga itu difailkan atas sebab ada perkembangan terbaru, selepas representasi kedua dikemukakan Mohamad Rizal untuk menggugurkan pertuduhan terbabit ditolak oleh AGC.

Pada 6 April lalu, Mohamad Rizal mengesahkan memfailkan surat representasi kedua kepada AGC bagi menggugurkan tiga pertuduhan itu selepas representasi pertama dikemukakan atas tujuan sama ditolak pada 20 Januari lalu.

Mohamad Rizal, 40, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Facebook ‘Rizal van Geyzel, Instagram ‘rizalvangeyzel’ dan TikTok ‘rizalvangeyzel’, antara 4 hingga 6 Julai 2022.

Hantaran itu dibaca di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, di sini, pada jam 1.17 tengah hari, 13 Julai tahun lalu.

Ketiga-tiga pertuduhan dikenakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya serta boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *