Terkini
Swatch tidak hubungi KDN berhubung rampasan jam tangan – Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum mendapat apa-apa maklum balas daripada pihak jenama jam Swatch, sejak rampasan koleksi jam yang dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), di 11 butik awal bulan ini.

- Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum mendapat apa-apa maklum balas daripada pihak jenama jam Swatch, sejak rampasan koleksi jam yang dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), di 11 butik awal bulan ini.
- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata setakat ini pihak terbabit belum menghubungi KDN bagi memberi penjelasan lanjut berhubung tulisan ‘LGBTQ’ di permukaan jarum jam.
- “Sebagai agensi kawal selia kita tahu isu ini sensitif, tindakan kita tidak mampu puaskan hati semua pihak. Adakah pihak swatch ada hubungi kita? Jawapannya, belum.
- “Sebab itu saya nak tegaskan memang tertera pada muka jam perkataan itu (LGBTQ) yang jadi sebab rampasan dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan Menteri Dalam Negeri ke Kaunter Khas Jemaah Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.
- Saifuddin juga menegur sesetengah media yang tidak memaparkan dengan jelas gambar permukaan jam yang tertera perkataan (LGBTQ) itu.
- Pada 13 dan 14 Mei lalu, KDN dilaporkan menyerbu 11 kedai Swatch di pusat beli-belah seperti Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah berhubung ‘Koleksi Pride’ jenama itu.
SEPANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum mendapat apa-apa maklum balas daripada pihak jenama jam Swatch, sejak rampasan koleksi jam yang dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), di 11 butik awal bulan ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata setakat ini pihak terbabit belum menghubungi KDN bagi memberi penjelasan lanjut berhubung tulisan ‘LGBTQ’ di permukaan jarum jam.
“Sebagai agensi kawal selia kita tahu isu ini sensitif, tindakan kita tidak mampu puaskan hati semua pihak. Adakah pihak swatch ada hubungi kita? Jawapannya, belum.
“Sebab itu saya nak tegaskan memang tertera pada muka jam perkataan itu (LGBTQ) yang jadi sebab rampasan dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan Menteri Dalam Negeri ke Kaunter Khas Jemaah Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.
Selain itu beliau juga menegur sesetengah media yang tidak memaparkan dengan jelas gambar permukaan jam yang tertera perkataan itu.
“Sesetengah media tak paparkan gambar permukaan jam yang tertera perkataan itu sebaliknya yang ditonjolkan adalah enam warna jam, itu bukan warna pelangi, warna pelangi ada tujuh.
“Selain itu promosi jam ini banyak dibuat hujung tahun lalu dan dalam promosi sangat jelas model dikeluarkan itu ada kaitan rapat dengan LGBTQ, dan itu disebut dalam laman web mereka,” katanya.
LGBTQ merujuk golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik.
Pada 13 dan 14 Mei lalu, KDN dilaporkan menyerbu 11 kedai Swatch di pusat beli-belah seperti Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah berhubung ‘Koleksi Pride’ jenama itu.
Lima kedai di pusat beli-belah di Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru dan Kuching diberikan amaran.
Sumber: Berita Harian

You must be logged in to post a comment Login