Terkini
Menteri kena jelaskan serbuan kedai Swatch – MUDA
Timbalan Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz menggesa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail untuk menjelaskan pendirian kerajaan terhadap serbuan kedai Swatch minggu lepas.
- Timbalan Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz menggesa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail untuk menjelaskan pendirian kerajaan terhadap serbuan kedai Swatch minggu lepas.
- Dalam kenyataan di Twitter, Adun Puteri Wangsa itu membangkitkan kebimbangan mengenai “kekaburan” perkara yang dianggap “memudaratkan”.
- “Menteri perlu menjelaskan pendirian kerajaan dalam perkara ini. Dan di manakah kita meletakkan batasnya?” katanya.
- “Jika ini (rampas jam tangan) adalah pendirian kerajaan, bentangkan di Dewan Rakyat dan biarkan ahli parlimen berbahas dan membuat keputusan.
- “Ia tidak sepatutnya mengikut kehendak sesiapa sahaja yang menjadi menteri pada hari ini,” katanya.
- Sebelas kedai Swatch di seluruh negara diserbu oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lalu kerana mempamerkan ‘Pride Collection’ yang terdiri daripada jam tangan dalam pelbagai warna pelangi – yang sering diguna pakai sebagai simbol komuniti LGBT.
Timbalan Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz menggesa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail untuk menjelaskan pendirian kerajaan terhadap serbuan kedai Swatch minggu lepas.
Dalam kenyataan di Twitter, Adun Puteri Wangsa itu membangkitkan kebimbangan mengenai “kekaburan” perkara yang dianggap “memudaratkan”.
“Adakah kita akan mula menyerbu semua kedai yang menjual apa-apa dengan tema pelangi yang dilukis di atasnya? Termasuk perniagaan kecil?
“Kita menghantar mesej bahawa tidak selamat untuk jenama dan syarikat beroperasi di Malaysia.
“Menteri perlu menjelaskan pendirian kerajaan dalam perkara ini. Dan di manakah kita meletakkan batasnya?” katanya.
Sebelas kedai Swatch di seluruh negara diserbu oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lalu kerana mempamerkan ‘Pride Collection’ yang terdiri daripada jam tangan dalam pelbagai warna pelangi – yang sering diguna pakai sebagai simbol komuniti LGBT.
Portal The Edge memetik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch Nick Hayek Jr yang mengesahkan serbuan pada 13 dan 14 Mei, serta rampasan sejumlah jam tangan.
Hayek menafikan sebarang motif politik dengan jam tangan itu.
Amira juga melampirkan gambar notis yang dikatakan disampaikan oleh KDN kepada cawangan Swatch di Mid Valley Megamall, menyatakan bahawa 22 jam tangan telah dirampas kerana mempunyai “simbol LGBT”.
Notis itu juga menyatakan bahawa jam tangan itu telah melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Amira membangkitkan kebimbangan bahawa undang-undang itu terbuka kepada penyalahgunaan, memetik Seksyen 7 (1) Akta tersebut.
Seksyen 7(1) memberi Menteri Dalam Negeri ‘budi bicara mutlak’ untuk melarang pengeluaran, penjualan, pengedaran atau pemilikan mana-mana media yang berkemungkinan menjejaskan ketenteraman awam atau mencemaskan pendapat umum.
“Jika ini (rampas jam tangan) adalah pendirian kerajaan, bentangkan di Dewan Rakyat dan biarkan ahli parlimen berbahas dan membuat keputusan.
“Ia tidak sepatutnya mengikut kehendak sesiapa sahaja yang menjadi menteri pada hari ini,” katanya.
Banyak jenama dan peruncit global mempunyai produk bertema pelangi yang dikeluarkan setiap bulan Jun – bulan yang juga diraikan komuniti LGBT sebagai bulan ‘Pride’.
Namun produk sebegitu lazimnya tidak tersedia di kedai di Malaysia atau negara majoriti Islam lain mempunyai pendirian tegas terhadap komuniti LGBT.
Sumber: Malaysiakini