Connect with us

Antarabangsa

Dituduh sokong ‘Jihad Cinta’ oleh pelampau Hindu, pemimpin politik di India batal perkahwinan anak perempuan

Yashpal Rawat atau juga dikenali sebagai Yashpal Benam, pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) di Uttarakhand yang juga Pengerusi Nagar Palika daerah Pauri Garhwal, membatalkan perkahwinan anak perempuannya dengan seorang lelaki Islam ekoran bantahan pemimpin agama dan kumpulan sayap kanan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dituduh sokong 'Jihad Cinta' oleh pelampau Hindu, pemimpin politik di India batal perkahwinan anak perempuan
Foto: Pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP), Yashpal Benam (kanan).
  • Yashpal Benam, pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) di Uttarakhand, India, membatalkan perkahwinan anak perempuannya dengan seorang lelaki Islam ekoran bantahan pemimpin agama dan kumpulan sayap kanan.
  • Perkahwinan yang dijadualkan pada 28 Mei itu menjadi bualan ramai selepas tersebarnya kad jemputan majlis kahwin anaknya.
  • Dengan tularnya kad majlis kahwin itu, Yashpal mula mendapat ‘amaran’ membatalkan majlis perkahwinan itu.
  • Swami Darshan Bharti, yang juga ketua agama di Dehradun, meminta orang ramai memboikot Yashpal kerana menurutnya, mengahwinkan anak perempuannya dengan seorang Muslim menunjukkan sokongannya kepada “Jihad Cinta”.
  • “Dia sepatutnya menjadi orang pertama yang menentang ‘Jihad Cinta’ dan ‘Jihad Tanah’. Tetapi lihat, betapa tidak malunya dia menyeru orang Islam untuk datang ke ‘Devbhoomi’ (tanah tuhan-tuhan) dan mengahwini anak-anak perempuan kami,” kata Darshan.

Yashpal Rawat atau juga dikenali sebagai Yashpal Benam, pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) di Uttarakhand yang juga Pengerusi Nagar Palika daerah Pauri Garhwal, membatalkan perkahwinan anak perempuannya dengan seorang lelaki Islam ekoran bantahan pemimpin agama dan kumpulan sayap kanan.

Perkahwinan dijadualkan pada 28 Mei itu menjadi bualan ramai selepas tersebarnya kad jemputan majlis kahwin anaknya. 

Kad itu memaparkan nama pasangan pengantin lelaki dan perempuan yang dikatakan bertemu semasa menjalani kursus kejuruteraan di sebuah kolej di Roorkee. 

Dengan tularnya kad majlis kahwin itu, Yashpal mula mendapat ‘amaran’ untuk membatalkan majlis perkahwinan itu.

Di sebuah acara awam dianjurkan Dehradun oleh seorang ketua agama dengan nama Swami Darshan Bharti, orang ramai diminta memboikot Yashpal kerana menurut Darshan, tindakan lelaki itu mengahwinkan anak perempuannya dengan seorang Muslim menunjukkan sokongannya kepada “Jihad Cinta”.

“Dia sepatutnya menjadi orang pertama yang menentang ‘Jihad Cinta’ dan ‘Jihad Tanah’. Tetapi lihat, betapa tidak malunya dia menyeru orang Islam untuk datang ke ‘Devbhoomi’ (tanah tuhan-tuhan) dan mengahwini anak-anak perempuan kami,” kata Darshan yang kemudiannya bertanya kepada hadirin sama ada Yashpal perlu diberi pengajaran. 

Penonton lalu mengangkat tangan bersetuju diikuti dengan lebih banyak ‘ucapan kebencian’.

Kumpulan sayap kanan dari Haryana, dengan ahlinya dalam perjalanan ke Char Dham yatra yang mendapat tahu tentang perkahwinan itu melalui media sosial singgah di Pauri untuk menyatakan ‘bantahan’. 

Mereka menuju ke pejabat Nagar Palika untuk mengancam pengerusi yang kemudiannya melarikan diri selepas melihat kumpulan itu.

Selepas protes berlangsung selama seminggu, Yashpal Rawat akhirnya membatalkan perkahwinan itu. 

Bercakap kepada The Hindu, Yashpal menegaskan dia boleh menamakan ramai pemimpin besar parti beliau dan parti pembangkang yang mengahwinkan anak-anak mereka kepada komuniti lain dan menzahirkan rasa terkejut ke atas protes diterima apabila dia melakukan perkara sama.

“Disebabkan keberangan orang ramai, baik secara peribadi mahupun di media sosial, saya terpaksa membatalkan perkahwinan anak perempuan saya,” kata Yashpal.

Sumber: The Print 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *