Connect with us

Antarabangsa

Awas golongan gay, boleh maut ambil poppers!

Amyl Nitrite atau lebih dikenali dengan nama poppers adalah sejenis dadah yang digunakan oleh golongan gay untuk meningkatkan kepuasan seks.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Amyl Nitrite Poppers
Foto: Gambar hiasan dari Josh Christensen.
  • Amyl Nitrite atau lebih dikenali dengan nama Poppers adalah bahan kimia yang digunakan oleh golongan gay bagi meningkatkan kepuasan seks.
  • Ia boleh mempengaruhi fungsi fovea mata yang membuatkan penglihatan manusia jelas.
  • Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat turut menegaskan agar orang ramai menjauhkan diri dari bahan ini kerana ia boleh mengancam nyawa.

LONDON –  Amyl Nitrite atau lebih dikenali dengan nama poppers adalah sejenis dadah yang digunakan oleh golongan gay untuk meningkatkan kepuasan seks.

Penyelidik berpendapat bahawa poppers merupakan dadah keempat popular selepas ganja, kokain dan ekstasi di Britain.

Namun para saintis mendapati penggunaan dadah tersebut akan menyebabkan kerosakan kekal pada mata dan lebih parah, kematian.

Hanya dengan satu sedutan, dadah berkenaan boleh mempengaruhi fungsi fovea di bahagian mata untuk memastikan penglihatan manusia jelas.

Menurut kajian daripada penyelidik di Britain, antara kesan sampingan penggunaan bahan ini adalah kemungkinan mata menjadi buta dan kabur.

Akta Bahan Psikoaktif di Britain telah memperuntukkan larangan pengeluaran segala jenis poppers di negara tersebut sejak April 2016.

Sebuah kajian dibuat bagi menilai tahap penglihatan 12 orang lelaki yangmenggunakan bahan itu telah dimasukkan ke Hospital Mata Sussex di Brighton.

“Penggunaan poppers yang mendadak di Brighton semakin merunsingkan. Banyak bukti kesan sampingan penggunaan bahan terlarang itu terhadap mata pengguna,” jelas pakar oftalmologi, Dr. Rebecca Rewbury.

Selain itu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat turut menegaskan agar orang ramai menjauhkan diri dari dadah ini kerana ia boleh mengancam nyawa.

 Sumber : Daily Mail UK

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *