Connect with us

Terkini

Selangor peruntuk RM1.65 juta untuk program insentif haji muassasah

Kerajaan Selangor menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukkan sebanyak RM1.65 juta untuk program Insentif Haji Muassasah 1444H/2023M.

Wartawan TMT

Published

on

Selangor peruntuk RM1.65 juta untuk program insentif haji muassasah
Foto: Gambar sekadar hiasan
  • Kerajaan Selangor menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukkan sebanyak RM1.65 juta untuk program Insentif Haji Muassasah 1444H/2023M.
  • Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata menerusi insentif berkenaan, seramai 3,000 bakal jemaah haji Selangor khususnya golongan B40 dan M40 dijangka mendapat manfaat bertujuan memudahkan urusan haji mereka tahun ini.
  • Permohonan bagi insentif ini akan dibuka bermula 19 Mei ini hingga 25 Ogos depan.

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukkan sebanyak RM1.65 juta untuk program Insentif Haji Muassasah 1444H/2023M.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata menerusi insentif berkenaan, seramai 3,000 bakal jemaah haji Selangor khususnya golongan B40 dan M40 dijangka mendapat manfaat bertujuan memudahkan urusan haji mereka tahun ini.

Beliau berkata setiap jemaah yang memohon dan menepati syarat kelayakan akan diberikan bantuan wang tunai sebanyak RM500 serta kit syifa termasuk ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losen, serta pelembap bibir.

“Permohonan bagi insentif ini akan dibuka bermula 19 Mei ini hingga 25 Ogos depan.

“Bagi memudahkan proses pendaftaran, ia akan dilaksanakan menerusi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dan akan diselaraskan oleh MBI selaku pelaksana program,” katanya menerusi kenyataan.

Amirudin berkata jemaah yang layak memohon mestilah warganegara Malaysia dan perlu mengemukakan salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang mengandungi kenyataan bayaran haji serta salinan jadual penerbangan.

“Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing melalui pautan https://bit.ly/3ByFSxm,” katanya. 

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending