Terkini
Isu kalimah Allah: MAIS kesal tindakan kerajaan tarik balik rayuan tanpa berunding pihak berkepentingan
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kesal dengan tindakan unilateral pihak kerajaan menarik balik rayuan kes membabitkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian di Mahkamah Rayuan, tanpa berunding dengan pihaknya dan pihak lain yang mempunyai kepentingan dalam kes itu.
- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kesal dengan tindakan unilateral pihak kerajaan menarik balik rayuan kes membabitkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian di Mahkamah Rayuan, tanpa berunding dengan pihaknya dan pihak lain yang mempunyai kepentingan dalam kes itu.
- Ini kerana dalam kes rayuan sebelum ini, MAIS dan dua lagi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dibenarkan Mahkamah Rayuan untuk hadir sebagai amicus curiae (sahabat mahkamah).
- Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya berpendirian kes itu bukan hanya berkaitan isu pentadbiran dan keselamatan, tetapi turut membabitkan perkara akidah orang Islam dan pentadbiran agama Islam yang berada di bawah bidang kuasa raja sebagai ketua agama negeri.
- “MAIS berpegang teguh dan menjunjung titah Sultan Selangor bertarikh 23 Mac 2021 yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian di negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
- Dalam titah Sultan Selangor itu menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku dan tulisan agama Kristian dalam apa-apa bentuk sekali pun tetap dilarang penggunaannya di Selangor.
- “Baginda berpendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa dan tidak boleh digunakan selain daripada maksud Tuhan Yang Maha Esa yang menjadi asas pegangan akidah umat Islam.
- “Namun, baginda tiada halangan sekiranya perkataan ‘Tuhan’ digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan ‘God’ dalam apa-apa percetakan atau penerbitan berhubung agama Kristian,” katanya.
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kesal dengan tindakan unilateral pihak kerajaan menarik balik rayuan kes membabitkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian di Mahkamah Rayuan, tanpa berunding dengan pihaknya dan pihak lain yang mempunyai kepentingan dalam kes itu.
Ini kerana dalam kes rayuan sebelum ini, MAIS dan dua lagi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dibenarkan Mahkamah Rayuan untuk hadir sebagai amicus curiae (sahabat mahkamah).
Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pihaknya berpendirian kes itu bukan hanya berkaitan isu pentadbiran dan keselamatan, tetapi turut membabitkan perkara akidah orang Islam dan pentadbiran agama Islam yang berada di bawah bidang kuasa raja sebagai ketua agama negeri.
Susulan itu, beliau berkata, MAIS tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes membabitkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian di Mahkamah Rayuan, baru-baru ini.
“MAIS berpegang teguh dan menjunjung titah Sultan Selangor bertarikh 23 Mac 2021 yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian di negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, dalam titah Sultan Selangor itu menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku dan tulisan agama Kristian dalam apa-apa bentuk sekali pun tetap dilarang penggunaannya di Selangor.
“Baginda berpendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa dan tidak boleh digunakan selain daripada maksud Tuhan Yang Maha Esa yang menjadi asas pegangan akidah umat Islam.
“Namun, baginda tiada halangan sekiranya perkataan ‘Tuhan’ digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan ‘God’ dalam apa-apa percetakan atau penerbitan berhubung agama Kristian,” katanya.
Abdul Aziz berkata, penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Selangor adalah suatu kesalahan jenayah mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang berkuat kuasa di Selangor dan juga menyalahi fatwa diwartakan di Selangor pada 18 Februari 2010.
Beliau berkata, demi kepentingan awam, proses rayuan dalam kes membabitkan penggunaan kalimah Allah ini wajar diteruskan bagi membolehkan mahkamah pada peringkat tertinggi di negara ini memutuskan isu ini secara muktamad yang boleh menjadi panduan kepada semua pihak terbabit berhubung penggunaan kalimah Allah.
“Justeru, MAIS menggesa semua pihak termasuk ahli politik menghormati kedudukan Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri dan mengambil kira serta merujuk kepada enakmen sedia ada sebelum membuat apa-apa dasar atau keputusan,” katanya.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, ini bagi memastikan dasar atau keputusan yang dibuat tidak mencabar kedudukan Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri dan sejajar kedudukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa di negeri ini.
Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka.
Notis pemberhentian itu difailkan Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 18 April lalu.
Sumber: Berita Harian