Connect with us

Antarabangsa

Enggan pakai jersi LGBTQ, pemain bola sepak liga Perancis diketepikan

Liga bola sepak terkemuka Perancis mencetuskan kontroversi apabila meminta pemain untuk memakai jersi bercorak pelangi simbol komuniti LGBTQ.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Enggan pakai jersi LGBTQ, Pemain bola sepak liga Perancis diketepikan
Foto: Zakaria Aboukhlal (kiri), Mostafa Mohamed (tengah), Donatien Gomis (kanan).
  • Liga Profesional Perancis mengarahkan pemain Ligue 1 dan Ligue 2 memakai jersi dengan nombor bercorak pelangi pada perlawanan hujung minggu lalu.
  • Perkara itu dibuat untuk menunjukkan sokongan terhadap komuniti songsang itu menjelang Hari Antarabangsa menentang Homofobia, Transfobia dan Bifobia pada Rabu.
  • Ramai pemain enggan memakai jersi itu lalu mereka diketepikan Toulouse FC.

Liga bola sepak terkemuka Perancis mencetuskan kontroversi apabila meminta pemain untuk memakai jersi bercorak pelangi simbol komuniti LGBTQ.

Memetik laporan Aljazeera, Liga Profesional Perancis mengarahkan pemain Ligue 1 dan Ligue 2 memakai jersi dengan nombor bercorak pelangi pada perlawanan hujung minggu lalu.

Perkara itu dibuat untuk menunjukkan sokongan terhadap komuniti songsang itu menjelang Hari Antarabangsa menentang Homofobia, Transfobia dan Bifobia pada Rabu.

Bagaimanapun, sebahagian pemain enggan berbuat demikian.

Kesatuan Kebangsaan Pemain Bola Sepak Profesional berkata yang ianya bukan tanggungjawab pemain untuk menyampaikan “mesej secara kolektif”.

Dalam satu kenyataan, kesatuan itu mengakui hairan mengapa pihak kelab harus meminta mereka berbuat demikian.

Susulan itu, Toulouse FC mengetepikan pemain yang enggan memakai jersi itu.

Tetapi Zakaria Aboukhlal selaku pemain pertahanan Maghribi kelab itu, mempertahankan pendiriannya untuk tidak mengambil bahagian dalam kempen menyokong komuniti songsang itu.

“Hormat adalah satu nilai yang amat saya hargai. Ia meluas kepada orang lain, tetapi ia juga merangkumi penghormatan terhadap kepercayaan peribadi saya sendiri. Oleh itu, saya merasakan saya bukanlah orang sesuai untuk menyertai kempen ini,” tulisnya di Twitter.

Jurulatih Stade Brestois, Eric Roy menyifatkan perkara itu sebagai “malapetaka”, satu komen yang dikritik di media sosial.

“Anda boleh lihat ada pemain yang menghadapi masalah dengannya. Setiap orang bebas menyuarakan pendapat. Secara peribadi, saya tidak mempunyai masalah dengannya. Tetapi ada pemain mungkin menghadapi masalah dengannya,” kata Eric.

Mostafa Mohamed dari Nantes FC yang turut diketepikan atas sebab yang sama berkata dia enggan bertelagah, namun mahu menjelaskan pendiriannya.

“Mengambil kira asal usul, budaya, kepentingan keyakinan dan kepercayaan saya, saya tidak mungkin menyertai kempen ini,” tulisnya di Twitter.

“Saya berharap keputusan ini akan dihormati serta hasrat saya untuk tidak mempertikaikan perkara ini dan semua orang dilayan dengan penghormatan”.

Selain itu, pemain pertahanan Guingamp dari Senegal, Donatien Gomis dilaporkan mengetepikan dirinya daripada pertembungan Ligue 2 dengan Sochaux pada Sabtu atas sebab sama.

Sumber: Aljazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *