Antarabangsa
Iraq gali semula 605 mayat mangsa kekejaman Daesh
Iraq menggali semula 605 mayat yang dipercayai mangsa pembunuhan Daesh sejak dua tahun lalu yang ditanam berhampiran penjara di utara Iraq, menurut sebuah agensi kerajaan semalam.
- Iraq menggali semula 605 mayat yang dipercayai mangsa pembunuhan Daesh sejak dua tahun lalu yang ditanam berhampiran penjara di utara Iraq, menurut sebuah agensi kerajaan semalam.
- Daesh menguasai kebanyakan kawasan di utara Iraq pada 2014 dan dituduh melakukan kekejaman, lapor agensi berita Jerman (dpa).
- Ketua Jabatan Kubur Besar di Yayasan Syuhada, Dhiaa Karim, berkata pengganas itu membawa kira-kira 600 banduan dari penjara di kawasan utara Badush sebelum membunuh mereka.
- “Proses menggali semula kubur mengambil masa lebih dua tahun dan 605 mayat dipindahkan,” katanya pada sidang media di Baghdad, menurut agensi berita negara Iraq INA.
KAHERAH: Iraq menggali semula 605 mayat yang dipercayai mangsa pembunuhan Daesh sejak dua tahun lalu yang ditanam berhampiran penjara di utara Iraq, menurut sebuah agensi kerajaan semalam.
Daesh menguasai kebanyakan kawasan di utara Iraq pada 2014 dan dituduh melakukan kekejaman, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Ketua Jabatan Kubur Besar di Yayasan Syuhada, Dhiaa Karim, berkata pengganas itu membawa kira-kira 600 banduan dari penjara di kawasan utara Badush sebelum membunuh mereka.
“Proses menggali semula kubur mengambil masa lebih dua tahun dan 605 mayat dipindahkan,” katanya pada sidang media di Baghdad, menurut agensi berita negara Iraq INA.
Mayat mereka diserahkan kepada pihak berkuasa bagi tujuan pengecaman.
Setakat ini, Ketua Jabatan Perubatan Forensik, Zeid Ali, berkata kumpulan pertama 78 mayat itu sudah berjaya dikenal pasti.
Kerajaan Iraq mengisytiharkan kemenangan ke atas Daesh pada Disember 2017. Sejak itu Iraq menemui beberapa kubur besar kubur yang dipercayai mangsa pembunuhan pengganas di serata kawasan di negara itu.
Sumber: Berita Harian