Terkini
(VIDEO) Penguatkuasaan undang-undang lemah tiada kena mengena soal bangsa – Musa Hassan
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah tiada kena mengena dengan soal bangsa, sebaliknya berkaitan soal integriti individu.
- Penguatkuasaan undang-undang yang lemah tiada kena mengena dengan soal bangsa, sebaliknya berkaitan soal integriti individu.
- Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata beliau tidak bersetuju dengan dakwaan kononnya sikap terlalu bertoleransi orang Melayu menyebabkan kaum itu tidak sesuai menjadi penguatkuasa.
- “Saya rasa orang Melayu ke rakyat Malaysia ini kalau dia bekerja sebagai pegawai polis, mereka mesti ada integriti tidak kiralah Melayu ke Cina atau India.
- “Oleh kerana tiada integriti itu yang adakala kita tidak ambil tindakan jadi ia tiada kena mengena dengan bangsa,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
- @thaqib shaker yang juga Setiausaha Kerja Bersatu Bahagian Titiwangsa dalam akaun TikToknya mendakwa sikap sedemikian menyebabkan undang-undang tidak dapat dikuatkuasakan dengan baik, sekaligus mendorong warga asing, termasuk dari Singapura, melanggar undang-undang di negara ini.
- Mengulas isu sama, penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim menuntut individu terbabit membuat penjelasan tujuan kenyataan sedemikian dikeluarkan.
- “Kalau mengikut logik seperti itu, apakah beliau juga mendakwa orang Melayu tidak sepatutnya menjadi ahli politik atas sebab yang sama?, ” katanya.
KUALA LUMPUR — Penguatkuasaan undang-undang yang lemah tiada kena mengena dengan soal bangsa, sebaliknya berkaitan soal integriti individu.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata beliau tidak bersetuju dengan dakwaan kononnya sikap terlalu bertoleransi orang Melayu menyebabkan kaum itu tidak sesuai menjadi penguatkuasa.
Menerusi akaun TikTok @thaqib shaker yang juga Setiausaha Kerja Bersatu Bahagian Titiwangsa sebelum ini mendakwa sikap sedemikian menyebabkan undang-undang tidak dapat dikuatkuasakan dengan baik, sekaligus mendorong warga asing, termasuk dari Singapura, melanggar undang-undang ketika berada di negara ini.
View this post on Instagram
“Tidak ini bukan kerana tidak sesuai, ini kerana integriti.
“Saya rasa orang Melayu ke rakyat Malaysia ini kalau dia bekerja sebagai pegawai polis, mereka mesti ada integriti tidak kiralah Melayu ke Cina atau India.
“Oleh kerana tiada integriti itu yang adakala kita tidak ambil tindakan jadi ia tiada kena mengena dengan bangsa,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
Thaqib dalam videonya mendakwa warga asing, khususnya dari Singapura, mengambil kesempatan atas kelemahan penguatkuasa di negara ini.
Tetapi katanya, perkara sama tidak akan berlaku di Singapura kerana penguat kuasa berbangsa Cina di sana tegas dan tidak akan kompromi.
Mengulas lanjut, Musa berkata penguat kuasa perlu berintegriti, berdisiplin tinggi dan menguatkuasakan undang-undang tanpa ‘pilih bulu’.
“Setiap penguatkuasa perlu ada integriti tinggi dan tegas menguatkuasakan undang-undang itu sahaja.
“Di Singapura mereka tegas kuat kuasakan undang-undang apabila tidak tegas kuatkuasa undang-undang, orang akan melanggar undang undang.
“Kita kena tegaslah ini berkaitan dengan integriti, tiada kaitan dengan bangsa,” kata bekas orang nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.
Mengulas isu sama, penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim menuntut individu terbabit membuat penjelasan tujuan kenyataan sedemikian dikeluarkan.
Katanya, kenyataan itu berkemungkinan untuk melihat sentimen masyarakat dalam isu penguatkuasaan undang-undang dalam kalangan warga asing di negara ini.
“Kalau mengikut logik seperti itu, apakah beliau juga mendakwa orang Melayu tidak sepatutnya menjadi ahli politik atas sebab yang sama?
“Ibarat menepuk air di dulang kena muka sendiri, saya hairan kenapa beliau tidak meneliti semua sudut pandang sebelum memberi pandangan peribadi sedemikian,” katanya.
Kamal Affandi berkata mengikut komposisi di Malaysia, kaum Melayu adalah majoriti, di mana hampir seluruh sektor pekerjaan menyaksikan penglibatan kaum itu, maka tidak harianlah mengapa nisbah Melayu lebih tinggi dalam sektor penguatkuasaan. — The Merdeka Times