Antarabangsa
Lelaki menang kejohanan poker wanita di AS
Seorang lelaki dari Florida, Amerika Syarikat (AS) mengundang kemarahan pada hujung minggu lalu apabila menyertai dan memenangi kejohanan poker wanita di Hotel & Kasino Seminole Hard Rock di Sunshine.
- Seorang lelaki dari Florida, Amerika Syarikat (AS) mengundang kemarahan pada hujung minggu lalu apabila dia menyertai dan memenangi kejohanan poker wanita di Hotel & Kasino Seminole Hard Rock di Sunshine.
- Dave Hughes, 70, menyertai acara Texas Hold’em tanpa had sebanyak $250 (RM1,109.25) dengan hadiah terkumpul sehingga $17,450 (RM77,425.65).
- Menurut laporan Fox News, 82 daripada 83 peserta menyertai kejohanan itu adalah wanita kecuali Dave.
Seorang lelaki dari Florida, Amerika Syarikat (AS) mengundang kemarahan pada hujung minggu lalu apabila menyertai dan memenangi kejohanan poker wanita di Hotel & Kasino Seminole Hard Rock di Sunshine.
Dave Hughes, 70, menyertai acara Texas Hold’em tanpa had sebanyak $250 (RM1,109.25) dengan hadiah terkumpul sehingga $17,450 (RM77,425.65).
Menurut laporan Fox News, 82 daripada 83 peserta menyertai kejohanan itu adalah wanita kecuali Dave.
Dave mengalahkan Dayanna Ciabaton dan membawa pulang $5,555 (RM24,647.53) menurut Las Vegas Review-Journal.
Dave dibenarkan menyertai kejohanan wanita kerana mengikut undang-undang anti-diskriminasi, kasino Florida dilarang melarang lelaki daripada menyertai kejohanan wanita.
Sumber: Fox News