Connect with us

Terkini

Garis panduan pemakaian pelitup muka di sekolah minggu depan – Menteri Kesihatan

Garis panduan pemakaian pelitup muka kalangan pelajar sekolah akan dikeluarkan menjelang pembukaan semula sekolah, minggu depan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Garis panduan pemakaian pelitup muka di sekolah minggu depan – Menteri Kesihatan
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau akan berjumpa dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam masa terdekat berhubung peraturan itu.
  • “Garis panduan pemakaian pelitup muka hanya akan dikeluarkan selepas saya berjumpa Menteri Pendidikan.
  • “Kita faham kebimbangan orang ramai, tetapi buat masa ini, apa yang diputuskan ialah kita menggalakkan pemakaian pelitup muka kalangan pelajar sekolah terutamanya di tempat sempit, sesak atau tertutup,” katanya pada sidang media selepas Sesi Townhall Kertas Putih Kesihatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) semalam.

Kuching: Garis panduan pemakaian pelitup muka kalangan pelajar sekolah akan dikeluarkan menjelang pembukaan semula sekolah, minggu depan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau akan berjumpa dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam masa terdekat berhubung peraturan itu.

Menurutnya, sebelum ini keputusan sudah dicapai diperingkat pelaksana antara dua kementerian terbabit iaitu tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka kalangan pelajar sekolah.

“Garis panduan pemakaian pelitup muka hanya akan dikeluarkan selepas saya berjumpa Menteri Pendidikan.

“Kita faham kebimbangan orang ramai, tetapi buat masa ini, apa yang diputuskan ialah kita menggalakkan pemakaian pelitup muka kalangan pelajar sekolah terutamanya di tempat sempit, sesak atau tertutup,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Townhall Kertas Putih Kesihatan di Hospital Umum Sarawak (HUS), hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian; Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni serta Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, pemakaian pelitup muka hanya akan diwajibkan jika situasi Covid-19 kembali membimbangkan, namun berdasarkan pemantauan ketika ini, pihaknya tetap dengan pendirian untuk menggalakkan pemakaian sahaja.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu bimbang dengan penularan Covid-19 kerana pemantauan yang dijalankan mendapati kadar jangkitan menurun.

“Laporan pemantauan terkini mendapati, kumulatif jangkitan pada hari keempat minggu epidimologi yang ke-17 adalah 28.15 peratus iaitu daripada 2,800 kes kepada 2,014 kes.

“Kes jangkitan pula sangat rendah iaitu hanya membabitkan tahap satu dan dua sahaja,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Kertas Putih Kesihatan akan dibentangkan di Parlimen bulan depan.

“Kertas Putih Kesihatan itu mengandungi empat tonggak utama iaitu mentranformasikan penyampaian perkhidmatan kesihatan, mempertingkatkan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit, memastikan pembiayaan kesihatan yang mampan dan saksama serta memperkukuh asas sistem kesihatan dan tadbir urus,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *