Connect with us

Antarabangsa

Zionis Israel rancang jadikan Bab Al-Rahmah ruang solat Yahudi

Zionis rejim haram aparteid Israel merancang untuk menjadikan Bab Al-Rahmah sebagai ruang solat bagi penganut agama Yahudi, lapor portal Timur Tengah baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Zionis Israel rancang jadikan Bab Al-Rahmah ruang solat Yahudi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Zionis rejim haram aparteid Israel merancang untuk menjadikan Bab Al-Rahmah sebagai ruang solat bagi penganut agama Yahudi, lapor portal Timur Tengah baru-baru ini.
  • Jawatankuasa Islam-Kristian Baitul Maqdis memberi amaran mengenai rancangan itu sedangkan Bab Al-Rahmah merupakan sebahagian daripada Kompleks Masjidil Aqsa dan sering menjadi tempat serangan terhadap umat Islam pada bulan Ramadan.
  • Tegas mereka, “Sebarang percubaan untuk mengubah status quo akan membawa akibat berbahaya yang akan dipersalahkan kepada pendudukan Israel.”

BAITULMUQADDIS – Zionis rejim haram aparteid Israel merancang untuk menjadikan Bab Al-Rahmah sebagai ruang solat bagi penganut agama Yahudi, lapor portal Timur Tengah baru-baru ini.

Jawatankuasa Islam-Kristian Baitul Maqdis memberi amaran mengenai rancangan itu sedangkan Bab Al-Rahmah merupakan sebahagian daripada Kompleks Masjidil Aqsa dan sering menjadi tempat serangan terhadap umat Islam pada bulan Ramadan.

Menerusi satu kenyataan, jawatankuasa itu menyeru semua rakyat Palestin menghalang percubaan Israel untuk menutup Masjid Bab Al-Rahmah yang dipercayai sebagai satu tindakan bagi memisahkan kawasan itu dari seluruh kawasan Al-Aqsa dan mengubahnya menjadi sinagog Yahudi.

Tegas mereka, “Sebarang percubaan untuk mengubah status quo akan membawa akibat berbahaya yang akan dipersalahkan kepada pendudukan Israel.”

Terdahulu, tentera pendudukan Israel telah menyerbu Masjidil Aqsa dan memotong kabel pembesar suara untuk menghalang azan solat Isyak berkumandang dengan alasan bahawa orang Yahudi sedang menyambut perayaan ‘Israel Memorial Day’ di Dataran Buraq.

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *