Antarabangsa
India berang akhbar Jerman siar kartun berunsur rasis
Kartun yang diterbitkan dalam akhbar Jerman, Der Spiegel mengenai India mengatasi China sebagai negara paling ramai penduduk di dunia menimbulkan kemarahan orang India yang menyifatkanya sebagai rasis.
- Akhbar Jerman, Der Spiegel menerbitkan satu lukisan kartun menggambarkan kereta api India yang sesak dengan penumpang sedang mendahului kereta api China yang lebih canggih.
- Ramai rakyat India berang dengan kartun itu dan menyifatkannya sebagai rasis.
- Kartun itu diterbitkan susulan kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menganggarkan India akan mengatasi China sebagai negara paling ramai penduduk di dunia menjelang pertengahan tahun ini.
Kartun yang diterbitkan dalam akhbar Jerman, Der Spiegel mengenai India mengatasi China sebagai negara paling ramai penduduk di dunia menimbulkan kemarahan orang India yang menyifatkanya sebagai rasis.
Memetik laporan Independent, kartun itu menggambarkan kereta api Indian Railways sesak dengan penumpang yang tergantung dari sisi dan di atasnya sedang mendahului memotong kereta api China yang lebih canggih di atas landasan selari.
Kereta api di India biasanya sesak kerana ia merupakan mod pengangkutan murah yang tersedia untuk jutaan rakyatnya yang ingin transit di seluruh negara.
Ramai orang India mengkritik akhbar itu dan mendakwa ia berbaur perkauman dan merupakan percubaan “kejam” untuk “menjaja stereotaip lama” tentang negara.
“Walaupun percubaan anda untuk mengejek India, adalah tidak bijak untuk bertaruh menentang India di bawah PM (Narendra Modi). Dalam beberapa tahun, ekonomi India akan lebih besar daripada Jerman,” kata menteri persekutuan India, Rajeev Chandrasekhar menerusi ciapan di Twitter.
“(Jerman) ini sangat perkauman. (Der Spiegel) membuat karikatur India dengan cara ini tidak sepadan dengan realiti,” kata penasihat kanan Kementerian Penerangan dan Penyiaran India, Kanchan Gupta di Twitternya.
Awal bulan ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan yang India akan mengatasi China sebagai negara paling ramai penduduk di dunia menjelang pertengahan tahun ini.
Pada Isnin, agensi pelbagai hala itu berkata yang perkara itu akan berlaku menjelang akhir bulan ini.
Sumber: Independent