Antarabangsa
‘Anak imigran lebih berjaya di Amerika Syarikat’ – kajian pakar psikologi keluarga Amerika
Kajian menunjukkan bahawa anak-anak imigran di Amerika Syarikat lebih berjaya dalam pendidikan berbanding anak-anak penduduk tempatan.

- Menurut artikel ditulis Dr. Leonard, beliau merumuskan beberapa faktor yang membuatkan anak-anak dalam keluarga Amerika kurang berjaya berbanding anak-anak imigran di sana.
- Pengarah Pendidikan di Yayasan Pendidikan Khalifah, Hasrizal Abdul Jamil ketika mengulas memberitahu syarat untuk berjaya adalah sentiasa berpegang teguh dengan jati diri dan ciri-ciri unik budaya sendiri.
- “Syaratnya, kita kena stay true to ourselves and our culture,” – Hasrizal
KUALA LUMPUR – Kajian menunjukkan bahawa anak-anak imigran di Amerika Syarikat lebih berjaya dalam pendidikan berbanding anak-anak penduduk tempatan.
Memetik isi kandungan artikel yang ditulis oleh Dr Leonard Sax, seorang pakar kesihatan dan psikologi keluarga di Amerika Syarikat, Hasrizal merumuskan beberapa perkara penting yang boleh dijadikan pedoman buat ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Pertama, American families dibelenggu budaya biadab dalam keluarga. The Culture of Disrespect telah dibincangkan dengan panjang lebar di dalam buku Leonard bertajuk The Collapse of Parenting.
Kedua, ibu bapa Amerika bersikap permissive, too soft, dengan mantera mereka “I just want my kid to be happy“. Sedangkan, makin dibuat demikian makin anak-anak itu gagal gembira apatah lagi bahagia.
Ketiga, imigran mempunyai struktur unit keluarga yang lebih kukuh yang kebanyakannya diketuai oleh pasangan yang berkahwin dan menghargai extended family.
Justeru, Hasrizal mengingatkan tentang pesanan Leonard untuk bercakap menggunakan bahasa ibunda dengan anak-anak di rumah masing-masing dan memberi keutamaan kepada kepentingan keluarga.
“Pastikan apabila makan tengahari atau makan malam, makanlah bersama-sama sebagai keluarga.
“Be the “Just Right” parent,” ujar Leonard.
Syaratnya, kita kena stay true to ourselves and our culture,” demikian kenyataan Pengarah Pendidikan di Yayasan Pendidikan Khalifah, Hasrizal Abdul Jamil ketika mengulas sebuah artikel bertajuk The Immigrant Paradox: Why Are Children of Immigrants Doing Better?
Beliau menyambung lagi, “Tapi kalau imigran itu hilang jati diri dan ciri-ciri unik mereka (yang disebut selepas ini), maka mereka akan mengekori nasib yang sama.”
Beliau turut menasihati supaya ibu bapa tidak membiarkan anak-anak membesar dengan didikan kawan-kawan dan skrin serta harus membataskan penggunaan media sosial seperti Instagram dan TikTok.
Di samping itu, ibu bapa sepatutnya menggalakkan penglibatan anak-anak dengan aktiviti luar dan jangan sesekali takut untuk berkata “tidak boleh” kepada anak-anak apabila perlu.
Hasrizal yang juga merupakan seorang pendidik di Naas, County Kildare, Ireland sedar akan hakikat kepayahan dan kesukaran buat ibu bapa untuk menerima nasihat tersebut. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa tahap kesabaran yang tinggi sememangnya diperlukan demi mendidik anak-anak di akhir zaman ini.
Beliau juga menegaskan agar peringatan ini diambil kira sebagai perkara serius terutamanya apabila melibatkan urusan keibubapaan serta pendidikan.
“Dan di dalam serba kepayahan ini, kurangkan menilai dan menabur kata menilai kepada orang sekeliling kita yang dilihat sedang diuji. Sebaliknya hidupkan iman di hati untuk menyantuni mereka dengan bantuan, sokongan, atau paling kurang pun doa di dalam diam.
“Kita semua memerlukannya,” ucap Hasrizal sebelum mengakhiri nasihatnya melalui sebuah hantaran di Facebook.
Sumber: Facebook

You must be logged in to post a comment Login