Connect with us

Antarabangsa

Tentera Sudan, RSF setuju gencatan senjata 72 jam

Angkatan tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata di negara itu selama 72 jam bermula semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tentera Sudan, RSF setuju gencatan senjata 72 jam
Foto: Kepulan asap hitam kelihatan dari sebuah bangunan bersebelahan kereta yang rosak di tepi jalan di Khartoum.
  • Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berkata, persetujuan itu berjaya dicapai menerusi hasil rundingan selama dua hari.
  • “Sepanjang tempoh ini, AS menggesa tentera Sudan dan RSF untuk melaksanakan gencatan senjata dengan segera dan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan. 
  • Ia merupakan gencatan senjata yang ketiga diumumkan sejak pertempuran itu, namun ia gagal dipatuhi oleh kedua-dua pihak bertelagah.

KHARTOUM: Angkatan tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata di negara itu selama 72 jam bermula semalam.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berkata, persetujuan itu berjaya dicapai menerusi hasil rundingan selama dua hari.

“Sepanjang tempoh ini, AS menggesa tentera Sudan dan RSF untuk melaksanakan gencatan senjata dengan segera dan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan. 

Menurut beliau, AS akan berkoordinasi dengan pihak berkepentingan serantau, antarabangsa dan rakyat Sudan untuk membentuk jawatankuasa yang memantau perkara berkaitan gencatan senjata dan kemanusiaan.

Dilaporkan, AS dan Arab Saudi bertindak sebagai perantara dalam usaha gencatan senjata itu. 

Tentera Sudan dan RSF secara bebas mengumumkan penglibatan mereka dalam pelaksanaan gencatan senjata tersebut.

Ia merupakan gencatan senjata yang ketiga diumumkan sejak pertempuran itu namun ia gagal dipatuhi oleh kedua-dua pihak bertelagah.

Sekurang-kurangnya 427 orang terbunuh dan lebih 3,700 cedera sejak pertempuran meletus sejak 15 April lalu.

Malah, pertempuran itu juga menjejaskan pelbagai perkhidmatan termasuk hospital, selain mengubah kawasan kediaman menjadi medan perang.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran konflik di Sudan berisiko menyebabkan `malapetaka besar’ yang boleh memberi impak kepada seluruh rantau itu dan negara berkaitan.

Sejak pertempuran bermula, penduduk di Khartoum diarahkan untuk tidak keluar rumah selain terpaksa berdepan krisis air dan makanan.

Sebelum pengumuman gencatan senjata itu, serangan udara dan pertempuran di darat berlaku di Omdurman, selain pertempuran turut berlaku di Khartoum.

Kepulan asap tebal menyelubungi ruang udara berhampiran lapangan terbang antarabangsa di Khartoum, selain bunyi letupan dan tembakan menggegarkan persekitaran. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *