Connect with us

Terkini

Muhyiddin mohon batal empat pertuduhan guna kedudukan untuk suapan

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memfailkan permohonan bagi membatalkan empat pertuduhan yang mendakwa beliau menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi BERSATU.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Muhyiddin mohon batal empat pertuduhan guna kedudukan untuk suapan
Foto: Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  • Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memfailkan permohonan bagi batalkan empat pertuduhan yang mendakwa beliau gunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi BERSATU.
  • Presiden BERSATU itu memfailkan notis usul berkenaan menerusi Tetuan Chetan Jethwani & Company semalam di Mahkamah Tinggi di sini dan menamakan Pendakwa Raya sebagai responden.
  • Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), memohon beliau dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lalu, selain prosiding kes itu di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.
  • Menerusi afidavit sokongan difailkan bersama notis usul itu, beliau mendakwa keempat-empat pertuduhan adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang.
  • “Ia bercanggah dengan Seksyen 152 Kanun Tatacara Jenayah kerana tiada mana-mana satu pun daripada empat pertuduhan itu mendedahkan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” dakwanya.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memfailkan permohonan bagi membatalkan empat pertuduhan yang mendakwa beliau menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi BERSATU.

Presiden BERSATU itu memfailkan notis usul berkenaan menerusi Tetuan Chetan Jethwani & Company semalam di Mahkamah Tinggi di sini dan menamakan Pendakwa Raya sebagai responden.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), memohon beliau dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lalu, selain prosiding kes itu di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.

Menerusi afidavit sokongan difailkan bersama notis usul itu, beliau mendakwa keempat-empat pertuduhan adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang.

“Ia bercanggah dengan Seksyen 152 Kanun Tatacara Jenayah kerana tiada mana-mana satu pun daripada empat pertuduhan itu mendedahkan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” dakwanya.

Muhyiddin, 75, sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan Presiden BERSATU didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti berkenaan.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021 mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Muhyiddin turut berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang dimasukkan dalam akaun CIMB Bank milik BERSATU.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Februari 2021 dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022 mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lalu atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.

Sumber: Berita Harian

Author