Terkini
Arun gagal tunjuk bukti Zamri perogol, pemukul dan melakukan jenayah penipuan
Aktivis, Arun Doraisamy hari ini tidak dapat mengemukakan bukti berhubung dakwaannya yang menuduh pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu seorang perogol, pemukul dan melakukan jenayah penipuan.

- Aktivis, Arun Doraisamy hari ini tidak dapat mengemukakan bukti berhubung dakwaannya yang menuduh pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu seorang perogol, pemukul dan melakukan jenayah penipuan.
- Arun memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia tidak pernah bercakap dengan kedua-dua isteri Zamri berhubung dakwaannya itu.
- Dia bagaimanapun menolak untuk membuat permohonan maaf kepada isteri Zamri selepas peguam mewakili pendakwah itu Norazli Nordin mengemukakan cadangan sama ada Arun akan memohon maaf kepada mereka berhubung dakwaannya itu.
- Zamri sebelum ini mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada Arun selepas aktivis itu enggan memohon maaf dan menurunkan kenyataan yang dianggap tuduhan berat terhadap beliau.
- Menerusi kenyataan itu Arun mendakwa bahawa Zamri adalah seorang perogol dan telah mengahwini mangsa rogolnya.
KUALA LUMPUR – Aktivis, Arun Doraisamy hari ini tidak dapat mengemukakan bukti berhubung dakwaannya yang menuduh pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu seorang perogol, pemukul dan melakukan jenayah penipuan.
Arun memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia tidak pernah bercakap dengan kedua-dua isteri Zamri berhubung dakwaannya itu.
Dia bagaimanapun menolak untuk membuat permohonan maaf kepada isteri Zamri selepas peguam mewakili pendakwah itu Norazli Nordin mengemukakan cadangan sama ada Arun akan memohon maaf kepada mereka berhubung dakwaannya itu.
“Tidak,” katanya ketika disoal Norazli dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.
Sementara itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung dalam perkongsiannya di Facebook berkata Arun juga tidak dapat menunjukkan penggunaan perkataan Hindu yang digunakan Zamri dalam artikelnya yang didakwa menghina kepercayaannya sebagai seorang penganut Hindu.
Zamri sebelum ini mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada Arun selepas aktivis itu enggan memohon maaf dan menurunkan kenyataan yang dianggap tuduhan berat terhadap beliau.
Menerusi kenyataan itu Arun mendakwa bahawa Zamri adalah seorang perogol dan telah mengahwini mangsa rogolnya.
Perbicaraan kes bersambung esok. – The Merdeka Times
