Connect with us

Terkini

Pemilik bersama Crackhouse dapat sementara pasport, boleh tunai umrah

Pemilik bersama kelab komedi Crackhouse, Rizal Van Geyzel yang didakwa membuat dan memulakan hantaran video menyentuh sensitiviti kaum boleh menunaikan umrah pertengahan Mei ini, selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonannya untuk mendapatkan sementara pasport antarabangsanya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemilik bersama Crackhouse dapat sementara pasport, boleh tunai umrah
Foto: Rizal Van Geyzel.
  • Pemilik bersama kelab komedi Crackhouse, Rizal Van Geyzel yang didakwa membuat dan memulakan hantaran video menyentuh sensitiviti kaum boleh menunaikan umrah pertengahan Mei ini, selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonannya untuk mendapatkan sementara pasport antarabangsanya.
  • Hakim N.Priscilla Hemamalini membenarkan permohonan itu selepas mendengar hujahan peguam bela, M. Pravin yang mewakili Rizal atau nama penuhnya, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, 40, dan pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ain Abu Bakar tidak mengemukakan sebarang bantahan.
  • Terdahulu ketika berhujah, Pravin memberitahu, anak guamnya akan menunaikan umrah pada 15 Mei ini dan pulang ke Malaysia pada 29 Mei 2023.
  • Priscilla Hemamalini selepas membenarkan permohonan itu turut memerintahkan agar pasport berkenaan dipulangkan ke mahkamah pada 31 Mei ini.

KUALA LUMPUR: Pemilik bersama kelab komedi Crackhouse, Rizal Van Geyzel yang didakwa membuat dan memulakan hantaran video menyentuh sensitiviti kaum boleh menunaikan umrah pertengahan Mei ini, selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonannya untuk mendapatkan sementara pasport antarabangsanya.

Hakim N.Priscilla Hemamalini membenarkan permohonan itu selepas mendengar hujahan peguam bela, M. Pravin yang mewakili Rizal atau nama penuhnya, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, 40, dan pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ain Abu Bakar tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Terdahulu ketika berhujah, Pravin memberitahu, anak guamnya akan menunaikan umrah pada 15 Mei ini dan pulang ke Malaysia pada 29 Mei 2023.

“Anak guam saya akan mengembalikan pasport itu sehari atau dua hari selepas pulang daripada menunaikan umrah,” kata peguam. 

Priscilla Hemamalini selepas membenarkan permohonan itu turut memerintahkan agar pasport berkenaan dipulangkan ke mahkamah pada 31 Mei ini.

Pada 22 Julai 2022, Rizal didakwa atas tiga pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Perbuatan itu didakwa dilakukan melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Rizal van Geyzel, Instagram ‘rizalvangeyzel’ dan TikTok ‘rizalvangeyzel’ di antara 4 dan 6 Julai 2022.

Ketiga-tiga hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ di sini, pukul 1.17 petang, 13 Julai 2022.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *