Antarabangsa
Kelab EPL bakal tarik balik tajaan syarikat judi pada jersi
Penajaan syarikat perjudian di bahagian depan jersi pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan ditarik balik pada penghujung musim 2025/26 selepas perjanjian bersama dicapai kelab, kata liga berkenaan semalam.
- Penajaan syarikat perjudian di bahagian depan jersi pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan ditarik balik pada penghujung musim 2025/26 selepas perjanjian bersama dicapai kelab, kata liga berkenaan semalam.
- “Kelab EPL hari ini bersepakat untuk menarik diri daripada penajaan syarikat perjudian yang dipaparkan di jersi kelab pada hari perlawanan, menjadi liga sukan pertama di UK mengambil pendekatan seperti itu secara sukarela dalam usaha mengurangkan iklan perjudian,” kata EPL dalam satu kenyataan.
- “Pengumuman ini berikutan perbincangan intensif membabitkan liga, kelab dan Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan yang juga sebahagian daripada kajian semula peraturan perjudian kerajaan ketika ini.”
LONDON: Penajaan syarikat perjudian di bahagian depan jersi pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan ditarik balik pada penghujung musim 2025/26 selepas perjanjian bersama dicapai kelab, kata liga berkenaan semalam.
Lapan daripada 20 kelab di liga utama ketika ini memiliki jersi ditaja syarikat perjudian.
Perubahan dalam tempoh tiga tahun itu akan membolehkan perjanjian sedia ada dilengkapkan tanpa kelab dikenakan penalti kerana memendekkan kontrak masing-masing.
“Kelab EPL hari ini bersepakat untuk menarik diri daripada penajaan syarikat perjudian yang dipaparkan di jersi kelab pada hari perlawanan, menjadi liga sukan pertama di UK mengambil pendekatan seperti itu secara sukarela dalam usaha mengurangkan iklan perjudian,” kata EPL dalam satu kenyataan.
“Pengumuman ini berikutan perbincangan intensif membabitkan liga, kelab dan Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan yang juga sebahagian daripada kajian semula peraturan perjudian kerajaan ketika ini.”
Penajaan syarikat perjudian di depan jersi bola sepak sudah diharamkan di Itali dan Sepanyol.
Sumber: Berita Harian