Connect with us

Antarabangsa

Pemimpin Islam keluarkan amaran selepas ‘insiden kebencian’ di masjid Kanada

Seorang pemimpin masyarakat Islam di Kanada mengeluarkan amaran mengenai penyebaran kebencian Islamofobia di negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin Islam keluarkan amaran selepas 'insiden kebencian' di masjid Kanada
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang pemimpin masyarakat Islam di Kanada mengeluarkan amaran mengenai penyebaran kebencian Islamofobia di negara itu.
  • Ia berikutan tindakan seorang lelaki mengancam dan cuba melanggar jemaah di luar sebuah masjid di wilayah Ontario.
  • Presiden Persatuan Islam Markham, Qasir Nasir Khan pada Isnin memberitahu pemberita bahawa seorang lelaki telah melakukan ‘tindakan Islamofobia’ di luar masjid di utara pusat bandar Toronto.

Seorang pemimpin masyarakat Islam di Kanada mengeluarkan amaran mengenai penyebaran kebencian Islamofobia di negara itu.

Memetik laporan Aljazeera, ia berikutan tindakan seorang lelaki mengancam dan cuba melanggar jemaah di luar sebuah masjid di wilayah Ontario.

Presiden Persatuan Islam Markham, Qasir Nasir Khan pada Isnin memberitahu pemberita bahawa seorang lelaki telah melakukan ‘tindakan Islamofobia’ di luar masjid di utara pusat bandar Toronto.

Pihak polis pada Ahad berkata, seorang lelaki Toronto berusia 28 tahun telah didakwa dalam ‘kejadian yang disyaki bermotifkan kebencian’ di masjid itu sebelum jam 7 pagi waktu tempatan Khamis lalu.

“Dia mengancam untuk membakar masjid kami. Dia mengeluarkan kata-kata cemuhan tentang Nabi Muhammad,” kata Qasir semasa sidang akhbar. 

“Paling membimbangkan, dia cuba merempuh jemaah dengan kenderaannya.

“Jemaah kami dan umat Islam di seluruh negara mempunyai sebab untuk bimbang,” kata beliau memandangkan kejadian Islamofobia kerap berlaku di Kanada dan di negara-negara lain baru-baru ini.

“Sama ada melihat pembunuhan beramai-ramai di masjid Bandaraya Quebec, atau serangan London di mana seorang individu merempuh seluruh keluarga dengan traknya, komuniti kami mempunyai sebab untuk berasa takut.

“Tanpa membuat apa-apa kesalahan, kita mungkin berada di majlis pengebumian hari ini,” kata Qasir.

Insiden berlaku di bulan suci Ramadan itu adalah yang terbaru seperti dikatakan pemimpin Islam di Kanada di mana terdapat peningkatan gangguan dan keganasan yang boleh membawa maut kepada komuniti mereka.

Sumber: Aljazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *