Terkini
Individu ke-7 kes wanita dakwa diugut anggota polis beri keterangan hari ini
Polis akan merakam keterangan daripada individu ketujuh bagi membantu siasatan kes seorang pelancong wanita warga China mendakwa beliau telah diperas ugut oleh seorang anggota polis berhampiran bulatan Datuk Onn, di sini.

- Polis akan merakam keterangan daripada individu ketujuh bagi membantu siasatan kes seorang pelancong wanita warga China mendakwa beliau telah diperas ugut oleh seorang anggota polis berhampiran bulatan Datuk Onn, di sini.
- “Individu keenam dalam kes ini sudah hadir dan memberi keterangan kepada kami minggu lalu dan individu terakhir akan diambil percakapan petang ini,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya
- Menurut Noor Dellhan, siasatan berhubung insiden yang tular di laman media sosial itu dilakukan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
KUALA LUMPUR – Polis akan merakam keterangan daripada individu ketujuh bagi membantu siasatan kes seorang pelancong wanita warga China mendakwa beliau telah diperas ugut oleh seorang anggota polis berhampiran bulatan Datuk Onn, di sini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, individu itu akan dipanggil ke Balai Polis Dang Wangi petang ini.
“Individu keenam dalam kes ini sudah hadir dan memberi keterangan kepada kami minggu lalu dan individu terakhir akan diambil percakapan petang ini,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi, hari ini.
Menurut Noor Dellhan, siasatan berhubung insiden yang tular di laman media sosial itu dilakukan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Tambah beliau, kertas siasatan hampir lengkap dan ia akan dirujuk kemudian kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat untuk arahan lanjut.
Pada 6 April lalu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman mengesahkan seramai lima individu telah dipanggil dan dirakam percakapan pada peringkat awal siasatan kes tersebut.
Katanya, antara individu yang dipanggil membantu siasatan dan dirakam percakapan adalah termasuk anggota polis yang terlibat dalam pemeriksaan wanita tersebut. – MalaysiaGazette
Sumber: Malaysia Gazette

You must be logged in to post a comment Login