Connect with us

Antarabangsa

PBB kutuk serangan Israel ke atas umat Islam

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan rasa terkejut atas tindakan tentera Israel menyerang umat Islam di Masjid Al-Aqsa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PBB kutuk serangan Israel ke atas umat Islam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan rasa terkejut atas tindakan tentera Israel menyerang umat Islam di Masjid Al-Aqsa.
  • Menurut jurucakap kepada Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric, sepatutnya semua penganut agama berdamai ketika bulan mulia ini, namun ia berlaku sebaliknya.
  • Dalam sidang media sama Pemerhati Tetap PBB, Riyad Mansour berkata, PBB dan beberapa jawatankuasa Islam lain mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel.

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan rasa terkejut atas tindakan tentera Israel menyerang umat Islam di Masjid Al-Aqsa.

Menurut jurucakap kepada Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric, sepatutnya semua penganut agama berdamai ketika bulan mulia ini namun ia berlaku sebaliknya.

Dalam sidang media sama Pemerhati Tetap PBB, Riyad Mansour berkata, PBB dan beberapa jawatankuasa Islam lain mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel.

Dalam kejadian pada Rabu, tentera Israel tidak hanya menyerang umat Islam di dalam kawasan masjid malah turut melancarkan serangan di tanah Palestin.

Setakat ini Mesir, Jordan, Amerika Syarikat (AS) dan PBB sedang berusaha mententeramkan keadaan.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu juga menyatakan perkara sama namun masih belum ada penyelesaian tuntas.

Menurut laporan pihak perubatan, sekurang kurangnya 50 orang cedera dalam serangan ganas pihak Israel manakala pihak Israel berkata seorang tenteranya cedera di kaki.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *