Terkini
(VIDEO) Aktivis PETA jadi ‘zombi’ promosi veganisme di KLCC
People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) Asia, mengadakan demonstrasi di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC) untuk mempromosikan veganisme di Malaysia, pada Rabu.
- People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) Asia, mengadakan demonstrasi di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC) untuk mempromosikan veganisme di Malaysia, pada Rabu.
- Beberapa individu penunjuk perasaan atau aktivis itu dilihat berpakaian seperti zombi berlumuran darah dan bermekap tebal menyeramkan sambil mengangkat sepanduk dengan tiga bahasa berlainan iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.
- Ketiga-tiga sepanduk itu menyatakan, “Daging adalah daging. Jadilah vegan”.
- Menurut EPA Images, demonstrasi itu bertujuan untuk mengingatkan pelancong dan penduduk tempatan bahawa sama seperti manusia, haiwan lain juga diperbuat daripada daging, darah dan tulang.
- Tinjauan The Merdeka Times di ulang ciap Twitter Free Malaysia Today yang turut memuat naik beberapa gambar kumpulan penunjuk perasaan itu mendapati rata-rata netizen tidak menyokong golongan terbabit malah menjadikannya sebagai bahan gurauan.
KUALA LUMPUR – People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) Asia, mengadakan demonstrasi di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC) untuk mempromosikan veganisme di Malaysia, pada Rabu.
Beberapa individu penunjuk perasaan atau aktivis itu dilihat berpakaian seperti zombi berlumuran darah dan bermekap tebal menyeramkan sambil mengangkat sepanduk dengan tiga bahasa berlainan iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.
Ketiga-tiga sepanduk itu menyatakan, “Daging adalah daging. Jadilah vegan”.
View this post on Instagram
Menurut EPA Images, demonstrasi itu bertujuan untuk mengingatkan pelancong dan penduduk tempatan bahawa sama seperti manusia, haiwan lain juga diperbuat daripada daging, darah dan tulang.
Penunjuk perasaan berhujah bahawa menghidangkan anggota badan seseorang di atas pinggan adalah perbuatan jahat dan memakan mayat mangsa yang terseksa, ketakutan dia menyerupai filem seram.
Bagaimanapun, tinjauan The Merdeka Times di ulang ciap Twitter Free Malaysia Today yang turut memuat naik beberapa gambar kumpulan penunjuk perasaan itu mendapati rata-rata netizen tidak menyokong golongan terbabit malah menjadikannya sebagai bahan gurauan.
Ada di antara mereka menegaskan untuk makan sesuatu jenis makanan itu adalah hak setiap individu justeru tidak seharusnya ada paksaan dalam perkara terbabit.
“Nak jadi vegan silakan tapi tak payah kut nak paksa orang ikut macam kau. We are not against all these eating healthy practices, but ini Malaysia kut. Suku suku separuh guideline is healthy enough for us, tidak perlu sampai jadi vegan. Nak kata sebab kesian? Tumbuhan pun benda hidup juga kannnn…” ulang ciap Iman__.
Veganisme didefinisikan sebagai gaya hidup yang mengecualikan semua bentuk eksploitasi dan kekejaman haiwan untuk makanan, pakaian atau tujuan lain. — The Merdeka Times
Sumber: Twitter Free Malaysia Today, epa images