Connect with us

Terkini

Guna sistem sedia ada bantu ringankan beban pencarum KWSP – PGIRM

Pelaksanaan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk dicagarkan kepada pihak bank adalah tidak wajar kerana hanya memudahkan pencarum yang mempunyai baki banyak dalam akaun dua.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Guna sistem sedia ada bantu ringankan beban pencarum KWSP - PGIRM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pelaksanaan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk dicagarkan kepada pihak bank adalah tidak wajar kerana hanya memudahkan pencarum mempunyai baki banyak dalam akaun dua.
  • Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) Azri Mohd Tahir berkata, ia kerana golongan itu tidak termasuk dalam senarai hitam dan masih mampu membayar bayaran bulanan.
  • “Hampir 2.5 juta pencarum sudah tidak mempunyai baki mencukupi dan mereka antara yang terkesan perlu dibantu serta diberikan perhatian sewajarnya, bukan kepada pencarum tidak terkesan.”
  • “Kami merayu, menggesa dan mendesak supaya langkah mencagarkan simpanan KWSP kepada pihak bank tidak direalisasikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kuala Lumpur: Pelaksanaan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk dicagarkan kepada pihak bank adalah tidak wajar kerana hanya memudahkan pencarum yang mempunyai baki banyak dalam akaun dua.

Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) Azri Mohd Tahir berkata, ia kerana golongan itu tidak termasuk dalam senarai hitam dan masih mampu membayar bayaran bulanan.

“Hampir 2.5 juta pencarum sudah tidak mempunyai baki mencukupi dan mereka antara yang terkesan perlu dibantu serta diberikan perhatian sewajarnya, bukan kepada pencarum tidak terkesan.

“Justeru itu, mereka juga tidak lagi layak untuk membuat apa-apa pinjaman kerana sudah disenarai hitam oleh bank selain ada yang muflis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mempertikaikan langkah diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai alternatif untuk meringankan beban rakyat.

“Kami merayu, menggesa dan mendesak supaya langkah mencagarkan simpanan KWSP kepada pihak bank tidak direalisasikan.

“Gunakan sistem pengeluaran sedia ada bagi membantu meringankan beban pencarum yang terhimpit dan tenat ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author