Connect with us

Terkini

Pengacara lelaki berpakaian wanita didakwa dijemput sesi ‘Love Yourself’ di sekolah rendah

“Dan akhirnya CAP nak ucapkan tahniah kepada @skmedini sebab jemput seorang cross-dresser (sekejap perempuan sekejap lelaki) untuk meriahkan dan motivate anak-anak kita.”

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Pengacara lelaki berpakaian wanita didakwa dijemput sesi ‘Love Yourself’ di sekolah rendah
Foto: Pempengaruh dan penyanyi rap Caprice.
  • Pempengaruh dan penyanyi rap Caprice menerusi perkongsian satu klip pendek memaparkan lelaki dikenali sebagai Embun JB atau Fairuz Ahmad berpakaian seragam sekolah wanita, bermekap dan berambut tocang dua.
  • Dan akhirnya CAP nak ucapkan tahniah kepada @skmedini sebab jemput seorang cross-dresser (sekejap perempuan sekejap lelaki) untuk meriahkan dan motivate anak-anak kita.”
  • “InsyaAllah pagi esok (Ahad) anak kita boleh belajar how to “love yourself”. Initiative macam ini lah bagus @kempendidikan demi Malaysia Madani,” kata Caprice di Instagram pada Sabtu lalu.
  • Dalam klip itu, terdapat poster memaparkan Embun JB dijemput  ke Sekolah Kebangsaan Medini di Johor pada 19 Mac lalu untuk sesi ‘Love Yourself’.
  • Pengguna Instagram meluahkan kebimbangan, takut individu itu membuatkan anak-anak keliru tentang jantina sekaligus menormalisasikan LGBTQ+ .
  • Tinjauan The Merdeka Times di media sosial Embun JB mendapati pengacara lelaki itu sememangnya kerap bertukar ganti pakaian dari lelaki ke wanita dan mengenakan perhiasan serta mekap semasa menghadiri pelbagai acara.
  • The Merdeka Times berusaha mendapatkan penjelasan lanjut pihak Sekolah Kebangsaan Medini dan Embun JB terkait isu ini.

KUALA LUMPUR – “Dan akhirnya CAP nak ucapkan tahniah kepada @skmedini sebab jemput seorang cross-dresser (sekejap perempuan sekejap lelaki) untuk meriahkan dan motivate anak-anak kita.”

Demikian kata sinikal disuarakan pempengaruh dan penyanyi rap Caprice menerusi perkongsian satu klip pendek memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Embun JB atau Fairuz Ahmad berpakaian seragam sekolah wanita, bermekap dan berambut tocang dua.

Dalam klip itu, terdapat juga paparan satu poster yang memaparkan Embun JB dijemput  ke Sekolah Kebangsaan Medini di Johor pada 19 Mac lalu untuk sesi ‘Love Yourself’.

Difahamkan objektif program itu adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni, interaksi yang positif dan suai kenal melibatkan murid, guru, ibu bapa dan komuniti setempat.

“InsyaAllah pagi esok (Ahad) anak kita boleh belajar how to “love yourself”. Initiative macam ini lah bagus @kempendidikan demi Malaysia Madani,” kata Caprice di Instagram pada Sabtu lalu.

Foto: Tangkap layar dari IG Caprice.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna Instagram yang meninggalkan komen di perkongsian itu meluahkan kebimbangan, takut sekiranya individu terbabit akan membuatkan anak-anak keliru tentang jantina sekaligus menormalisasikan golongan LGBTQ+ dalam kalangan pelajar.

Bagaimanapun, terdapat pengguna Instagram yang mengatakan pihak sekolah memanggil Embun JB atas dasar pengacaraan dia yang menarik dan lucu untuk memeriahkan majlis.

Pemilik akaun @afiqscorp_89 berkata ini bukanlah kali pertama Embun JB dijemput ke sekolah berkenaan kerana sebelum ini dia pernah mengacara acara makan malam di sekolah itu.

Hello Caprice, you are not part of our school and you don’t know the real context here. Don’t speculate things that you’re unsure. Datang sekolah kami esok dan tengok apa yg sebenarnya berlaku. 

“Bukan tahu post benda yang awak sendiri tak tahu akar umbi. Kami panggil atas dasar bakat pengacaraan dia yang sangat menarik dan lucu untuk memeriahkan majlis. Bukan semua orang sempurna. Dia pernah host dinner di sekolah kami. Elok je, berperwatakan lelaki.

“Dia akan membawa misi untuk murid-murid hargai bakat yang ada dalam diri dan be confident with your talent. Nothing to do with his own private life or matters. That’s professional. He knows how to cater the needs of the clients

“Dia bukan datang sekolah promote budaya LGBTQ as you might think @capricedaddycap.You’re spreading fitnah without even know the details,” kata @afiqscorp_89 yang mendapat begitu banyak perhatian pengguna Instagram lain.

Tinjauan The Merdeka Times di media sosial Embun JB mendapati pengacara lelaki itu sememangnya kerap bertukar ganti pakaian dari lelaki ke wanita dan mengenakan perhiasan serta mekap semasa menghadiri pelbagai acara.

Apa yang membimbangkan apabila Embun JB seolah-olah tidak merasa bersalah dengan tindakan dia berpakaian seperti wanita sedangkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki.”

Foto: Tangkap layar dari FB Embun JB.

Pada masa sama, The Merdeka Times sedang berusaha mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak Sekolah Kebangsaan Medini dan Embun JB terkait poster dikongsikan Caprice dalam klip pendek berkenaan. — The Merdeka Times

Sumber: Instagram capricedaddycap

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *